Buat sahabat, Mrs LV dipersembahkan beberapa keping gambar aku (tapi aku takda dalam gambar) di Singapura. Walaupun tak dapat masuk dalam Universal Studios sebab ramainya umat beratur nak beli tiket, tapi aku tetap puas hati bila dapat tengok globe UNIVERSAL STUDIOS berputar2 depan mata aku. Gambar bawah ni di Pulau Sentosa.. *mode jakun ok*
Sampai juga akhirnya.. sila abaikan CASINO itu. Kita bergerak ke kanan ye :) |
Kita putar Halim...! |
Gayat. Dah tentu aku tak naik |
Giant merlion @ sentosa island |
Tujuan sebenar sebab nak gi kenduri. Rumah dorang kebanyakannya apartments. So, kenduri/sanding/makan2 buat dekat bawah sekali - foyer. Meriah. Beza betul dengan tempat kita. Kalau kenduri kereta bersepah2 siap blocking rumah orang sampai tuan rumah amok tak boleh undur kereta. Tapi kat sini, setiap apartments disediakan tempat parking kereta bertingkat. Macam shopping kompleks. Sampah memang susah nak cari. Antara negara terbersih di dunia, kan?
Bersih... (adakah BERSIH perkataan sensitif sehingga 9 Julai ni?) |
Lauk pauk, kuih muih, pencuci mulut, minuman.. ayo biru |
Bersih lagi... |
Arab street.. misi mencari restoran zam zam |
Mission accomplished!! Ini dia murtabak idaman seantero malaya/spore... yummyliciousss!! Siap tapau untuk mak & ayah... |
Singapore Flyer |
Laser melaser |
Pemandangan waktu siang.. dull aje |
Pemandangan waktu malam.. wow macam di Miami Best tak? |
singapore flyer |
Kapal atas bangunan?? Sesuai dengan tema - 'Uniquely Singapore' |
Tapi 1 benda je yang buat aku frust. Merlion (lambang singapore) di merlion park or singa keluar ayo kat mulut dah takda. Nak sangat tengok sebab selalu tengok di tenet/majalah/buku sekolah je. Tak tahu sampai bila ditutup. Or tutup terus?? Nasib ngko la singa.......
Merlion @ merlion park.. tutup! |
Kengkawan... jom gi SINGAPORE!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan