Aku jumpa ni di FB...
Aku pun pakai contact lenses/kanta lekap. Penjagaan tersangat rapi. Nak pakai/tanggal, tangan kena bersih. Bekas kanta lekap kena tukar - kalau aku 2bulan sekali (ok kot). Pakai jangan lebih 8jam & jangan pakai semasa tidur. Cukup sebulan, kena lupuskan (pakai buang untuk tempoh sebulan).
Tadi aku ke kedai cermin mata. Nak beli stok kanta lekap. Aku tanya amoi kedai tu pasal kanta lekap berwarna. Betul ke bahaya untuk mata?? Saja tanya. Aku tak pakai yang berwarna cuma yang biasa je. Takut risiko.
Amoi tu cakap, kanta lekap berwarna yang dibeli di kedai cermin mata semuanya ok untuk mata. Yang tak ok yelah kanta lekap yang dibeli di PASAR MALAM.
Haaa?? Ni 1st time aku dengar pasar malam jual kanta lekap. Seelok2nya beli saja di kedai cermin mata.
Sempena isu mata, kita layan lagu bertajuk Mata dari penyanyi bermata cantik - Noorkumalasari.
2 ulasan:
aiyoo...gambau nie byk kali share kat fb smp aku kena hidekan..xsgp tgk:(
aku pun ngeri.. tp buat2 berani :)
Catat Ulasan