Khamis, 19 Januari 2012

Satu hari hati berasap

Petang tadi masa nak bayar minuman di kaunter cafe ofis aku, ada sorang mamat rupa paras agak ensem. Ditunjal2 muka azwan ali di muka depan surat khabar (kes damai dgn umi hafilda). Mamat tu hangin azwan kutuk Tun M. Owhh... Mamat ni penyokong setia Tun, pada pandangan aku lah kan.... Disebabkab mamat ni punca aku lambat nak bayar duit sebab dia membebel pasal azwan kat akak kaunter tu, so aku mencelah. "Apa yang ko marah sangat kat Azwan?"..... Mamat tu jawab dia marah sebab Azwan kutuk Tun M yang pada aku 'apa ku kesah selagi tak kutuk famili aku'. Lepas tu ayat terakhir dia buatkan aku memberi gambaran 'bodoh' pada mamat tu. Nak tau apa dia cakap? "Azwan tak kenang jasa.. Dah le TUN M YANG BUAT KLCC"........... Oooooooo... Ni mamat kaki window shopping bukan peminat politik. Buang masa layan!!!! Oh ya, lepas mamat tu blah, akak jaga kaunter tanya aku dalam nada berbisik "Siapa Tun M?" Hadoihh nape la nasib aku malang hari ni jumpa orang2 macam niiiiii...?

Isnin, 16 Januari 2012

Saing demo...

Sayidina Ali R.A pernah berkata: "Kalau kalian ingin melihat keperibadian seseorang, lihatlah bagaimana teman-temannya" Rasulullah juga mengingatkan: "Seseorang itu dipengaruhi oleh agama teman-temannya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan siapa kita bergaul" Berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan 5 kelompok ini: 1. Orang yang berkata dusta. 2. Orang yang fasik. 3. Orang yang kedekut. 4. Orang yang dungu. 5. Orang yang tidak memperhatikan kerabatnya. So, pada kawan2 aku... Jom ikut aku gi Sabah... Plissssss ;)

Rabu, 11 Januari 2012

Kisah laki bini

Dua cerita dari dua sahabat.. Kisah rumah tangga & sakit hati yang tak dapat dibendung lagi. Rasa tertipu dengan pasangan... Buat keputusan yang bijak wahai sahabat. Minta petunjuk Allah yang maha mengetahui... Ingat, sahabat, kamu dah punya zuriat. Kalau boleh, bertahanlah demi anak2. TAPI.... Kalau kau rasa tertipu menanggung pasangan yang suka menipu dan selera 'makan luar', lebih baik kau pikir dua kali untuk kekal semula. Keputusan di tangan kamu. Aku tak berani campur. Sekadar nasihat saja. ~~tak sangka..bertambah seram dgr cerita sahabat2~~

Besdey

Tima kasih Cik Tia aka Ieza yg sudi belanja makan2 di mama chops aritu sempena hari istimewa aku. Moga murah rezeki ko cik tia.. Nanti belanja lagi ye ;) Lepas makan hati pun riang, kami 'test suara' pulak... I like suara serak2 cik tia hihi. Mcm2 lagu kami blasah termasuklah 'situasi' bunkface haha.. Tak boleh blah!!!!

Isnin, 2 Januari 2012

yuhuuu....

Bangga pada diri sendiri sebab tak lupa password blog ni ;) Laptop rosak. Nak updet blog di opis, tak best lah pulak. Lagipun hujung tahun adalah hari bizi aku... Semalam dapat luangkan masa dengan kawan sekolah aku Ila di Axis pandan. Disebabkan dia tak boleh 'teran' hihii maka kami batalkan sesi karoke. Makan fish n chips saje.... Huh!! Melepas nak tengok ko goyang bali Ila oiiii.... Next time ye. Oh ye, Ila masih dalam sesi rawatan. Tak boleh teran sebab masalah kesihatan... Masa lepak di bistro di Axis tu, adalah dua tiga kerat pelakon shooting kat situ. Hmm... Pelakon tua lelaki pun masih aktif nak usap2 krew drama (of coz pempuan). Dah le tempat tu ramai lalu lalang. So jangan heran kalau ada cerita artis ada anak luar nikah..bersekedudukan...sebab life dorang memang macam tu. Bukan semua...tapi ramai macam tu!!! Klu pelakon lelaki kuat usap2an: 1. Kurus 2. Selalu berlakon jadi jahat