Khamis, 19 Januari 2012
Satu hari hati berasap
Petang tadi masa nak bayar minuman di kaunter cafe ofis aku, ada sorang mamat rupa paras agak ensem. Ditunjal2 muka azwan ali di muka depan surat khabar (kes damai dgn umi hafilda). Mamat tu hangin azwan kutuk Tun M. Owhh... Mamat ni penyokong setia Tun, pada pandangan aku lah kan....
Disebabkab mamat ni punca aku lambat nak bayar duit sebab dia membebel pasal azwan kat akak kaunter tu, so aku mencelah. "Apa yang ko marah sangat kat Azwan?"..... Mamat tu jawab dia marah sebab Azwan kutuk Tun M yang pada aku 'apa ku kesah selagi tak kutuk famili aku'.
Lepas tu ayat terakhir dia buatkan aku memberi gambaran 'bodoh' pada mamat tu. Nak tau apa dia cakap? "Azwan tak kenang jasa.. Dah le TUN M YANG BUAT KLCC"........... Oooooooo... Ni mamat kaki window shopping bukan peminat politik. Buang masa layan!!!! Oh ya, lepas mamat tu blah, akak jaga kaunter tanya aku dalam nada berbisik "Siapa Tun M?"
Hadoihh nape la nasib aku malang hari ni jumpa orang2 macam niiiiii...?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan