Isnin, 1 Julai 2013

Rezeki

Alhamdulillah, sahabat aku yang sorang ni, yang keje sebagai guru/orang gomen dapat rezeki lebih. Tempiasnya kena kat aku jugak. Terima kasih belanja makan lamb chop ye, Cik Tia. Semoga makin murahlah rezeki akan datang. Walaupun ada 'benda' yang bukan jadi rezeki kita lagi, tapi rezeki yang lain alhamdulillah sentiasa ada. Selalu berdoalah untuk rezeki yang belum ada. Tapi kalau masih bukan lagi jadi rezeki kita, terima saja apa yang Allah dah tentukan.

Ye, 'rezeki' yang satu ini sentiasa ditanya orang. Kadang manusia yang bertanya tu tak tahu nak jaga perasaan orang lain. Sekali, dua kali tanya bolehlah jawab dengan manis muka. Selepas tu, jawapan macam terpaksa, senyum pun terpaksa. Dah jadi 'miss fake'.

Sejak dari dulu aku tak suka nak tanya pasal jodoh orang lain. Aku juga tak suka nak tanya orang 'bila nak beranak?' pada kawan2 yang dah kawin lama tapi belum ada rezeki nak dikurniakan anak. Sebabnya, nasib kita taktau lagi. 

Pada yang sudah lengkap hidup berkeluarga, syukurlah rezeki kamu yang Allah berikan. Jagalah sebaiknya. Jagalah anak2 perempuan kamu supaya tak jadi macam aku. Kalau anak lelaki, bimbinglah jangan jadi gay!!

Asuh mereka di kelilingmu, ya.

Tiada ulasan: