Khamis, 23 Jun 2011

Sipadan.. aku tak padan

Some updates on what im thinking right now. Tiba2 senyum sorang.... :)

Bukan tak nak ikut Siha pegi Mabul/Sipadan. Tapi aku phobia. Pernah jatuh gedebushh di Pulau ***** masa nak tengok kawan2 snorkeling. 

Maklumlah, aku ni kan rabun. Tapi time tu rabun sikit2 jahh. Kononnya nak tengok dekat dengan dioranglah. So, aku pun turun tangga tu satu, satu...  Sampai anak tangga yang last, lantai tu licin ala2 ada lumut. Apa lagiii...... 

 *Emm korang bayangkan sendirilah*

Mahal

Borak dengan kawan lepas waktu kerja. Dialog antara kami:

Kawan: Hang dah pi makan kat restoran ikan bakar popular masa kini?
Aku: Tak.. belum lagi.. orang kata mahai nak mam**s. Betoi ka?
Kawan: Hari tu aku pi makan dengan adik aku 2 ekoq udang besaq dalam rm30 jugak lah.
Aku: Udang tu kalau dibuang 'jaket' nya cinonet ja tinggai isi dia kan.
Kawan: Hmm.. tau takpa.

Mrs LV bila kita nak pegi?

Hari cuti ni aku makan ini saja. Murah dan yang penting sedap untuk tekak aku. Sambal tu pedas ok.

Ikan kembung jgn garing sangat + teloq ikan tenggiri + sambal belacan ijau




Ahad, 19 Jun 2011

Cerita basi

Lama tak update. Takpa, sekurang2nya entri ni boleh jadi wakil cerita merapu aku untuk bulan Jun ni :)

Buat sahabat, Mrs LV dipersembahkan beberapa keping gambar aku (tapi aku takda dalam gambar) di Singapura. Walaupun tak dapat masuk dalam Universal Studios sebab ramainya umat beratur nak beli tiket, tapi aku tetap puas hati bila dapat tengok globe UNIVERSAL STUDIOS berputar2 depan mata aku. Gambar bawah ni di Pulau Sentosa.. *mode jakun ok*

Sampai juga akhirnya.. sila abaikan CASINO itu. Kita bergerak ke kanan ye :)


Kita putar Halim...!
Gayat. Dah tentu aku tak naik

Giant merlion @ sentosa island

Tujuan sebenar sebab nak gi kenduri. Rumah dorang kebanyakannya apartments. So, kenduri/sanding/makan2 buat dekat bawah sekali - foyer. Meriah. Beza betul dengan tempat kita. Kalau kenduri kereta bersepah2 siap blocking rumah orang sampai tuan rumah amok tak boleh undur kereta. Tapi kat sini, setiap apartments disediakan tempat parking kereta bertingkat. Macam shopping kompleks. Sampah memang susah nak cari. Antara negara terbersih di dunia, kan?

Bersih... (adakah BERSIH perkataan sensitif sehingga 9 Julai ni?)
Lauk pauk, kuih muih, pencuci mulut, minuman.. ayo biru

Bersih lagi...
Orang kata, kalau dah mai singapore tak sah kalau tak pegi restoran zam zam pekena murtabak dia. Yang tu memang masuk dalam senarai tempat-wajib-pergi.

Arab street.. misi mencari restoran zam zam
Mission accomplished!! Ini dia murtabak idaman seantero malaya/spore... yummyliciousss!! Siap tapau untuk mak & ayah...
Apa lagi nak cerita? Ok yang ni pulak di Singapore Flyer. Ada bangunan cantik2, ada singapore flyer (ala2 eye on malaysia) yang gile besarnya. Malam ada pertunjukan laser & lampu2 yang menarik. 

Singapore Flyer

Laser melaser

Pemandangan waktu siang.. dull aje

Pemandangan waktu malam.. wow macam di Miami


 Best tak?
singapore flyer

Kapal atas bangunan?? Sesuai dengan tema - 'Uniquely Singapore'

Tapi 1 benda je yang buat aku frust. Merlion (lambang singapore) di merlion park or singa keluar ayo kat mulut dah takda. Nak sangat tengok sebab selalu tengok di tenet/majalah/buku sekolah je. Tak tahu sampai bila ditutup. Or tutup terus?? Nasib ngko la singa.......


Merlion @ merlion park.. tutup!

Kengkawan... jom gi SINGAPORE!!