Rabu, 11 Disember 2013

#habiskancutitahun

Tik tok..tik tok....

Lambatnya jam gerak.

Lambatnya nak hari ahad.

He he he...

Cutilah! What else....

Macai detected!

Politik di pejabat. Mana2 pejabat dalam dunia ni mesti ada spesis kulat yang membiak membias spora kejamnya. Depan kita baikkkkk sesangat. Lembuttttt bak jelly. Tapi... Haaa tapi perangai adu domba macam harkkktuihh.

Status FB dia...aduhh dia saja yang baik, yg betul, tak bersalah, sentiasa dianiaya.

Macam ni ceritanya...

Baru2 ni di pejabat, si X komen di FB si Y ketidakpuasan hatinya pada si Z. Pada aku, itu perkara biasa sebab semua orang tak puas hati dengan si Z. Kita bukan robot yang tak punya perasaan. Cuma tempat luahan perasaan tu yang tak sesuai. Si Y tu pun mungkin beranggapan si Z tak dapat lihat FB nya sebab sudah diprivatekan.

Tapi...

Ada pula si pencacai pengangkut najis sudah printscreen wall FB itu dan buat salinan pada si Z.

Si X kutuk si Z di FB mungkin tak bagus, tapi si pencacai yang cetak itu beribu2 kali lahanat.

Berlakon baiklah selalu kalau itu yang boleh buat kau puas hati. 

Semoga sempat bertaubat, sayang.

Rabu, 27 November 2013

Tinggal... lepaskan......

Baca dengan mood jiwang... *dush3*

Kerna sayang ku sanggup lepaskan
Kerna sayang jugalah ku sanggup lihat kau diambil orang
Mungkin ada manusia lain yang dapat menjaga mu dengan lebih baik
Mungkin 1000x lebih baik dari ku
Yang pernah sama2 susah senang bersama mu

Bukan sekejap, bukan setahun dua
Hampir 14 tahun lamanya kita bersama
Ku akui ada ketika ku abaikan dirimu
Atas alasan masa
Tapi, nafkah mu tidak pernah ku abaikan
Setiap bulan isi bank penuh untuk mu

Tak ku sangka
Tika ku ingin lepaskan diri mu
Ramai yang cuba menawar diri
Bukan hanya melayu
Mamak dan India juga pertaruhkan diri
Untuk bersama mu
Gelojoh sekali mereka, hiksss

Tunggu saja siapa pilihan orang tengah
Yang kini pertaruhkan dirimu untuk bersama orang yang terbaik

Selamat tinggal, sayang










#edisijualrumah



Uhuk2

As salam..

Ku kini batok on & off.  Mungkin sebab kedegilan yg melanda, jadikan aku orang yg tak suka nak pantang kalau bab makan minum. Dah batok, lantak ais jugak.

Baru kejap tadi minum 1sudu ubat batok. Lepas tu layan media sosial..forum..blog di tablet ni.

Kesan ubat batok sudah ku rasa. Kaki kebas2, mata kuyu2 sampaikan aku baca 1 tajuk di forum c*ri 'Katil bayi untuk dijual' jadi 'KULIT BAYI UNTUK DIJUAL'

Adehhh....


Isnin, 19 Ogos 2013

Kalau ini jalannya...

Alhamdulillah..

Minggu lepas aku bercerita tentang angan2 aku pada seorang kawan... angan2 nak melakukan sesuatu yang suci.

InsyaAllah, kalau semua yang aku bincangkan dengan seseorang petang tadi menjadi, nampaknya adalah rezeki aku.

Inilah yang selalu dikatakan orang, kalau niat elok, maka ada saja laluan rezeki buat kita.

So far, jalannya aku dah nampak. Tunggu semuanya selesai dulu.

Kalau tak menjadi, mungkin ada rezeki lain buat aku. Allah saja yang tau.

Doakan ye, kawan.


Gejolak

As salam kawan..

Sepatutnya hari tu aku boleh bercuti lama. Tapi ada 'kes' yang buatkan aku lewat ambil cuti.

Kes tidak melibatkan aku, tapi orang bawahan.

Pasangan meluah kata dan perasaan. Kalau tak melibatkan aku, luahkan sajalah perasaan walau ke langit, aku tak kisah.

Tapi...

Kerna mereka, aku terpaksa hadir mesyuarat tatatertib.

Dimaklumkan pada aku, mereka diterjah di satu kawasan 'tak berapa terang' di pejabat pada waktu kerja.

Ada pula yang membawa berita, di kawasan ini sudah terjumpa 'alat mencegah dari berbadan dua'.

Tak tahu siapa yang punya angkara.

Dan dikhabarkan juga, segala tindak tanduk & pergerakan akan 'dipersembahkan'. Bahan bukti hampir lengkap.

Tidak boleh menuduh si polan atau si polin kerna mereka yang 'merakam' sahaja tahu siapa pelakunya.

Allah Maha Mengetahui.

Kepada mereka2 pelaku itu, jangan sangka anda terlepas dari pandangan orang kerna ada manusia lain dipertanggungjawabkan untuk 'melihat' anda.

Manusia, bila terlalu fikirkan nafsu nak berseronok mereka lupa tembok pemisah, lupa kewujudan cctv.

Zaman kini, tidak boleh hanya salahkan 'suami orang' suka menggatal. Isteri orang juga sama naik sahamnya.

Ahad, 4 Ogos 2013

Kombo sentap

~ SENTAP 1 ~
Tadi di pejabat, aku gurau2 dengan sorang akak ni. Dah tetiba hari ni tak boleh gurau pulak. Terus keluar status fb kecik hati dengan aku. Aku inbox dia, minta maaf. Selesai. Boleh pulak lepas tu dia ajak aku minum.

Pada akulah, kalau umur dah hampir2 layak keluar Akaun 2 kwsp, tak perlu nak luah kat status fb bagai. Cakap je terus kat aku yang kau tak suka cara gurau aku.

Manusia, kadang dia bergurau lebih, kita simpan & hadap aje. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tau pulak meraban.

~ SENTAP 2 ~
Bila hampir nak raya, aku rasa ada je dosa aku mengata jiran sebelah ni. Hihi.. Bukan apa, time ni lah anak2 dia balik ke rumah. Makanya, berderetlah kereta depan rumah jiran aku  ni. 4biji kereta semuanya.

Yang aku pelik, kenapa semua kereta anak2 bersepah di luar pagar, sampai terlajak dpn pagar jiran lain sedangkan, kawasan dalam pagar rumah dia dibiarkan kosong tanpa kereta. Biar nampak luas rumah dia agaknya. Dia nak selesa, tapi kami jiran2 dia ni camna? Nak undur @ masuk kereta ke rumah sendiri pun payah.

Aku cuma fikirkan aku orang baru kat sini. Cerita dari orang lama kawasan ni, jiran yg punya banyak kereta depan rumah tu garang orangnya. Pernah orang datang repair rumah dia & dia lambat buat bayaran. Bila pekerja tu datang minta bayaran, dia boleh sound "saya boleh bayarlah, saya banyak duit".

Pernah juga aku dengar dia tengking famili dia macam orang gila. Takut!!

Dan yang paling aku tak sangka, pakcik garang gile ni rupanya imam di surau kawasan rumah aku. Dia jugalah yang baca khutbah jumaat. Hmm..

Manusia ni, jangan hanya 'salin kulit' sahaja. Tapi hakikatnya, luaran macam hampeh.

~ SENTAP 3 ~
Syawal makin hampir, ramadan bakal meninggalkan kita. Sayu je rasa. Sebenarnya, aku tak teruja sangat nak sambut raya tapi aku tetap buat persediaan serba sikit. Luaran memang nampak beriya aku nak sambut raya. Dalaman aku ni macam2 perasaan ada. Terpaksa buat2 seronok. Aku tak nak perasaan 'tak seronok' menguasai fikiran aku. Aku tak nak stress.

Mungkin ini ujian Allah untuk aku. Ini bahagian aku. Doa & tawakal tak ku lupa. Aku berserah pada Allah. Kalau bukan lagi rezeki aku bersama, aku redha :(

Isnin, 1 Julai 2013

Rezeki

Alhamdulillah, sahabat aku yang sorang ni, yang keje sebagai guru/orang gomen dapat rezeki lebih. Tempiasnya kena kat aku jugak. Terima kasih belanja makan lamb chop ye, Cik Tia. Semoga makin murahlah rezeki akan datang. Walaupun ada 'benda' yang bukan jadi rezeki kita lagi, tapi rezeki yang lain alhamdulillah sentiasa ada. Selalu berdoalah untuk rezeki yang belum ada. Tapi kalau masih bukan lagi jadi rezeki kita, terima saja apa yang Allah dah tentukan.

Ye, 'rezeki' yang satu ini sentiasa ditanya orang. Kadang manusia yang bertanya tu tak tahu nak jaga perasaan orang lain. Sekali, dua kali tanya bolehlah jawab dengan manis muka. Selepas tu, jawapan macam terpaksa, senyum pun terpaksa. Dah jadi 'miss fake'.

Sejak dari dulu aku tak suka nak tanya pasal jodoh orang lain. Aku juga tak suka nak tanya orang 'bila nak beranak?' pada kawan2 yang dah kawin lama tapi belum ada rezeki nak dikurniakan anak. Sebabnya, nasib kita taktau lagi. 

Pada yang sudah lengkap hidup berkeluarga, syukurlah rezeki kamu yang Allah berikan. Jagalah sebaiknya. Jagalah anak2 perempuan kamu supaya tak jadi macam aku. Kalau anak lelaki, bimbinglah jangan jadi gay!!

Asuh mereka di kelilingmu, ya.

Jumaat, 31 Mei 2013

Kisah duit syiling & batu

Assalamualaikum wbt.. Lama tak jenguk blog ni. Sawang dah boleh buat baju ;)... Hidup aku macam biasa. Cuma keadaan luar sana seakan 'luar biasa' selepas PRU 13 hihi...

Cuma nak share emel dari seorang sahabat....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ)

Kisah Duit Syiling dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Khamis, 14 Februari 2013

#Kusut

Salam... Hari ni banyak kerja. Lebih dari biasa. Nak berubah tempat, lagi banyak hal. Nak makan pun tak sempat walaupun 2 kali aku ke cafe. Sekadar minum. Berat badan tak injak pun jarumnya. Ishhh!!

Sebelum balik rumah, singgah restoran dulu. Roti sadin satu! Teh wooo waiss satu! Burppp kenyang.

Aku harap sangat kerja aku cepat siap (untuk Part 1.. Part seterusnya dunno). Nak cuti! Nak cuti! Kena rehat otak & bodi. Mau pakai lama :)

Bulan Mac banyak jemputan kahwin. Terpaksa pilih yang aku mampu pergi. Penang pun ada. Yang tu mesti 'mem' ku tidak izinkan & aku pun tak konfiden nak pergi sebab tak berapa ingat sangat jalan nak ke dewan 'toot'. Kedah pun ada. Yang ni mesti diizinkan sebab 'mem' & sedara mara pun nak pergi. Paling dekat di Cheras. 

Sebenarnya aku tak konfiden dengan kereta aku. Dah lama beliau tak jalan jauh. Tak kisahlah, yang penting kena hantar pergi servis dulu. 

Kereta tak ada hal pun, aku yang banyak songeh.



*nak kereta baru letteww*

Ahad, 13 Januari 2013

Makan semut


Salam ahad, hari berjimba sedunia. Dah masuk Isnin ekceli :) ... Maafkan saya. Seronok cuti bila ada aktiviti. Owhh bukan aktiviti sukan, jogging jauh sekali. Ini aktiviti menemankan Cik Tia bershopping & mencari barang yang kian lama didambakannya. Bukan cincin bertunang. Lambat lagi. Mac katanya ahaks!

Nak beli projector. Ye, projector. Kellas kawan aku ni. Orang lain sibuk cari hp baru, beli barang dapo tapi dia beli projector. Kau ada?

Patutlah anak murid sayang beliau...

Oh ye, terima kasih juga pada beliau sebab belanja makan di Nando's sambil bermain2 dengan keli Afrika. Keli afrika ok lagi, jangan balak afrika. Tak sanggup!

Nak balik, jenuhlah mencari kereta. Adalah dekat setengah jam, kot... Alhamdulilah, akhirnya jumpa. Maafkan kami kerna faktor umur atau banyak makan semut ahaksss...

Thanks cik tia belanja nie :p


Sabtu, 5 Januari 2013

Rindu tak? Ok, tak rindu....

Assalamualaikum...

Suuuu dahh.. Cukup, cukup sudah... Cukup dah setahun sepi. Dah dapat apa yang aku kehendaki. Sesi meraban akan bersambung lagi.

Ok, nak tarik selimut doh. Kaki sejuk.