Isnin, 19 Ogos 2013

Gejolak

As salam kawan..

Sepatutnya hari tu aku boleh bercuti lama. Tapi ada 'kes' yang buatkan aku lewat ambil cuti.

Kes tidak melibatkan aku, tapi orang bawahan.

Pasangan meluah kata dan perasaan. Kalau tak melibatkan aku, luahkan sajalah perasaan walau ke langit, aku tak kisah.

Tapi...

Kerna mereka, aku terpaksa hadir mesyuarat tatatertib.

Dimaklumkan pada aku, mereka diterjah di satu kawasan 'tak berapa terang' di pejabat pada waktu kerja.

Ada pula yang membawa berita, di kawasan ini sudah terjumpa 'alat mencegah dari berbadan dua'.

Tak tahu siapa yang punya angkara.

Dan dikhabarkan juga, segala tindak tanduk & pergerakan akan 'dipersembahkan'. Bahan bukti hampir lengkap.

Tidak boleh menuduh si polan atau si polin kerna mereka yang 'merakam' sahaja tahu siapa pelakunya.

Allah Maha Mengetahui.

Kepada mereka2 pelaku itu, jangan sangka anda terlepas dari pandangan orang kerna ada manusia lain dipertanggungjawabkan untuk 'melihat' anda.

Manusia, bila terlalu fikirkan nafsu nak berseronok mereka lupa tembok pemisah, lupa kewujudan cctv.

Zaman kini, tidak boleh hanya salahkan 'suami orang' suka menggatal. Isteri orang juga sama naik sahamnya.

Tiada ulasan: