Khamis, 27 Oktober 2011

Cuti + Sangap

Sabtu 22 Oktober
Pagi2 lagi aku tipon kawan aku Sagoo si motor besaq. Hampeh. Dah tukar no hp rupanya. Aku nak bagi tiket motor GP. Ada 2 keping (main grandstand). Sekeping RM129 (kalau tak silap) aku nak bagi free. Ryzal pulak tak nak pegi. Semalam dah offer kat Ijam, dia ada hal. Padahal dia yang gedik nak tiket GP ni....

Oh ye - hari ahad - perlumbaan motor GP dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali, Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua. Dengar cerita dari member yang pergi Litar Sepang, dia dapat tengok depan mata dia masa kemalangan tu. Lepas perlumbaan ditamatkan, penonton mula baling botol sebab tak puas hati. Beli tiket mahal2, tapi takda perlumbaan.

Pukul 2ptg aku ke Hospital Pantai Cheras. Kawan aku bersalin - baby girl, 3kg. Kongsi2 beli hadiah hamper Johnson's. Lepas tu ke ofis sambung kerja.

Malam, lebih kurang pukul 11.30 aku jumpa Ieza sebab nak bagi minyak wangi yang dia pesan. Alang2 dah jumpa, aku ajak dia ke McD dekat rumah kami. Aku bedal GCB, fries & coke. Ieza pulak makan GCB, bubur, fries & 2 jenis air. Buurrrppp! Alhamdulillah....... :)

Lepas masing2 dah sendawa, kami gerak ke The Mines. Gelap gulitanya kawasan situ. Bukan gelap sebab time tu pukul 1 pagi, tapi lampu2 kat situ tak menyala. Rosak kot. Dengar cerita, kat situ ada lampu2 macam i-city. Kerr aku yang salah dengar??? So, tadi aku tengok di google. Ye, memang ada lampu2 tu. Tapi kena naik bot. Aku tak baca lagi. Cuma tengok gambar. Tak larat nak baca dah time gini. zzzz...........

Selasa 25 Oktober
Aku cuti beb! Bukan.. bukan sebab nak buat maruku, kuih peneram (ayat baik) atau laddu. Tapi aku nak pegi sini...

BGWP
Dapatlah tidur kat sini 1 malam. Tempat yang bersih & selesa. Anak sedara aku yang paling seronok dapat main air.

Rabu 26 Oktober
Balik semula ke KL petang raya - Deepavali. Sepanjang jalan ok. Tak sesak.

Singgah sekejap di R&R Temerloh. Tengok lauk patin buah seketul belas2 ringgit, patin sangkar rm7, baung rm8... Mata aku mula carik ikan selar. Ikan murah. Tak best le pulak. Ngada2 betoi tekak ni.

Tapi nafsu mengatasi segalanya. Aku tewas angkara hasutan syaiton... (syaiton juga yang dipersalahkan). Air liur merembes...

"Dik.. nasi putih separuh, hati ayam goreng seketul, ikan BAUNG seketul.. bagi yang bahagian perut dia ye, yang berlubang tu..." - kata ku.

Semua RM10. Tak termasuk air!!

Khamis 27 Oktober
Kerja. Mood tak berapa baik. Dah lah sehari sebelum tu ada yang rosakkan mood cuti aku. Puncanya hanya satu SMS lahanat. Bila masuk ofis aku jadi letih menunggu kerja yang lembab. Sangap sial. Semua benda aku menyampah nak tengok hari ni termasuklah pakgad di rumah aku... Tak pasal2 pakgad masuk dalam ini gambar... hihi :)

Takpa.. takpa... sehari, dua lagi aku akan ok!

Selasa, 18 Oktober 2011

Mata memandang Mata memikat Matalah puncanya


Aku jumpa ni di FB...



Info: Kepada Yang Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses)...
Anda Dilarang Berada Di Tempat Haba Yang Terlalu Panas.. Contohnya.. Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses) Semasa Sedang Membakar BBQ.. Satey.. Dan Sebagainya.. Jika Anda Berdegil.. Anda Mungkin Akan Buta Buat Selamanya.. Ini Kerana Kanta (Contact Lenses) Sentuh Diperbuat Dari Plastik.. Jika Anda Merasakan Maklumat Ini Berguna Untuk Orang Lain.. Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook anda...

Aku pun pakai contact lenses/kanta lekap. Penjagaan tersangat rapi. Nak pakai/tanggal, tangan kena bersih. Bekas kanta lekap kena tukar - kalau aku 2bulan sekali (ok kot). Pakai jangan lebih 8jam & jangan pakai semasa tidur. Cukup sebulan, kena lupuskan (pakai buang untuk tempoh sebulan).
Tadi aku ke kedai cermin mata. Nak beli stok kanta lekap. Aku tanya amoi kedai tu pasal kanta lekap berwarna. Betul ke bahaya untuk mata?? Saja tanya. Aku tak pakai yang berwarna cuma yang biasa je. Takut risiko.
Amoi tu cakap, kanta lekap berwarna yang dibeli di kedai cermin mata semuanya ok untuk mata. Yang tak ok yelah kanta lekap yang dibeli di PASAR MALAM.
Haaa?? Ni 1st time aku dengar pasar malam jual kanta lekap. Seelok2nya beli saja di kedai cermin mata.
Sempena isu mata, kita layan lagu bertajuk Mata dari penyanyi bermata cantik - Noorkumalasari.

Isnin, 17 Oktober 2011

Bumblebee car

Aku dah buat test drive bumblebee car!!!

Wowww.. bumblebee!

Opsss... bukan bumblebee yang ni

Bumblebee yang ni sebenarnya....
Myvi 'Lagi Best'
Dan juga test kereta ni...
Mazda 3
Tak best pun kereta2 ni. Iswara 1.3 yang lama kat rumah aku lagi best. Tau tak kenapa Iswara tu best??? Jawapannya.... Sebab dah lama abis bayar. Takda hutang bank lagi.

Itulah definisi aku pasal kereta 'paling best' dalam hidup aku. InsyaAllah kereta aku akan jadi kereta 'paling best' 3 tahun lagi. Harap2 kondisinya masih elok ketika itu. 

Aminnn...

Selasa, 11 Oktober 2011

Cukupkah gaji bulanan nak tanggung sara hidup?

Kawan aku cerita pasal biz billion2. Biz worldwide. Cawangan bersepah. Pendapatan 5 angka. Alhamdulillah kawan, rezeki Allah Ta'ala buat kau sekeluarga.

Dia juga ada bertanya soalan secara umum di FB: 
"Takkan nak tengok aja kawan2 lain beli rumah besar & kereta besar?"
"Sampai bila nak menyewa rumah flat & naik motor kapcai?" 

Hebatnya kawan. Serius aku kagum.

Aku ni apa la sangat. Hanya macai di syarikat Melayu yang dah berpuluh tahun meniaga tapi tak berapa nak maju.

Tapi aku bersyukur, walau macam mana teruk pun ekonomi negara, syarikat aku tak pernah buang atau tawarkan VSS pada pekerja.

Setiap tahun ada kenaikan gaji.

Gaji aku cukup nak sara hidup aku yang tak berapa nak bermewah2. Sederhana, janji ada benda2 asas.

Aku ada rumah, ada kereta - benda asas yang amat perlu dalam hidup aku. Tak besar mana, kecik je tapi selesa.

Aku orang susah. Korang jangan kawan dengan aku tau. Takut nanti aku pinjam duit korang.

Hinanya rasa.... :(

Isnin, 10 Oktober 2011

Ada tiket free hulur2 lah

Filem Al-Hijab sentuhan Pierre Andre yang merupakan filem seram terhebat untuk tahun 2011.

Poster al-hijab. Credit to: rilekslah.com

Kemain gedik aku kan... padan muka aku kan.. nak sangat tengok filem Al-Hijab kan....

Nak balik seram banget. Mana tak seram, tengok midnite kot. Babak pertama pun dah nak terkucil aku dibuatnya. Sudahlah couple seat kat sebelah aku takda orang. 

Pelakon dalam filem ni - Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Talib, Aziz M. Osman, Noralbaniah dan ramai lagi.

Yang buat filem ni antiklimaks yelah ada scene2nya yang seakan 'copy & paste' dari filem Jangan Pandang Belakang (pengarah yang sama - Pierre Andre). Especially scene kena 'kacau' kat rumah & babak cliche kereta rosak tengah jalan pastu hero turun buat2 check enjin walaupun sebenarnya dia tatau apa2 pun pasal enjin. 

Overall cerita ni memang best. Paling kelakar babak Bell Ngasri, Munir Phyne Ballerz & mamat Indon dalam lori waktu Pierre & 'awek' tumpang nak ke bandar. Nak tau jalan cerita, pi tengok sendiri atau tunggu keluar kat Astro First :)

Lepas tengok Al-Hijab, esoknya aku menggedik pulak tonton teater di Istana Budaya. Macam biasa, tiket ditaja hihi...

The Secret Life of Nora

Teater The Secret Life of Nora dibintangi oleh Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Aznil Nawawi, Tony Eusoff dan Adibah Nor. Pementasan bermula dari 29hb September 2011 hingga 16hb Oktober 2011. Ini yelah teater muzikal terbaru air tangan Tiara Jacquelina. Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan pada era 60an.

Teater ni menarik. Penonton tak sabar menanti dari satu babak ke babak yang lain.

Sebelum menonton teater ni, aku bayangkan akan ada babak sepit rambut Nora Zain boleh bertukar jadi bom asap pemedih mata macam dalam filem Nora Zain versi Seniwati Saadiah. Tapi takda pun... hihi... Cuma ada lipstik je yang Nora jadikan walkie-talkie dalam teater ni.

Paling lucu dah tentu watak Adibah Nor. Memang kelakar habis. Aznil pulak watak dia ala2 Profesor Klon tapi kali ni dia pelat tak boleh sebut 'R'. So, dia panggil Nora: "Nowa".

Di hujung2 pementasan, semua penonton menjerit macam kena histeria bila Adibah Nor 'terbang' nak beri bantuan pada Nora (Tiara). Kau mampooo terbang?? Haha.....

Teater penuh warna-warni itu berlangsung hampir 2jam. 

Kepada penonton lelaki, sila urut dada sendiri sebab pakaian penari2 pengiring (wanita) agak seksi. Tak senang duduk korang nanti :p

Pantang nampak

Cerita 3 hari lepas. Baru hari ni aku tergamak nak post.

Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari 

KUALA LUMPUR, 8 Okt - Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin. Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil....... - THE MALAYSIAN INSIDER


Nak kata binatang, binatang pun sayang anak. Elok bagi mamat ni 'main' dengan b*** je. Memang sesuai!!

Atau lebih sesuai lagi, 'kasi' kan dia. Nak puas hati, 'potong' terus pun takpa. Lepas tu bagi hanjing makan. Kalau hanjing naklah.

Takkan tak boleh kontrol langsung. Nak cakap lebih2, aku takda pengalaman. Tapi adalah satu cerita dari pengalaman kawan aku sendiri.

Masa tu kawan aku si Nina baru bersalin anak no 2. Belum habis pantang, kalau tak silap aku tak sampai 30 hari berpantang laki sudah 'mau'.

Nina tak mau. Dia bersalin normal. Nak overhaul makan masa :)

Nak tau apa jadi??

Laki dia seret & tarik rambut dia paksa masuk bilik. Tau2 ajelah apa yang berlaku lepas tu.

Kesian...

Coppp!!! Nak yang ni...

Disediakan oleh 'sifu' yang sudi tunjuk ajar :)
Chicken chop budak baru belajar. Dah tau dah cara penyediaannya. Nanti aku uplod versi yang aku buat. Cuma bread crumbs je tatau nak beli kat mana. Hmm.. buat sendiri aje kot.

Ahad, 9 Oktober 2011

Nigella Lawson

Nigella Lawson. Catch her at Astro 703 @ 707

 Antara aku dan Nigella Lawson, sapa terer di dapur?

Jawapannya:
Aku.

Sebab:

Nigella Lawson terpaksa pakai sarung tangan getah warna kuning sehingga paras siku kedua2 belah tangan dia hanya untuk memotong sebijik cili padi.

"Its really, really hot," kata beliau.

Tapi bab potong daging babi aku surrenderlah.. :)

Rabu, 5 Oktober 2011

Siapa kao? Ahli musik? Lawyer?

Tengah belek2 FB Ina. Tengok gambar kami di rumah cikgu yang mengajar kami di sekolah rendah. Hmm.. gambar aku yang macam raksasa otromen pun ko uplod. Adussss... Takpa, kecantikan dalaman itu penting... (ada rasa nak mati tak bila aku buat ayat macam nie?? Jujur plisss..)

Teringat kata2 Julie..
"Zaman sekolah dulu, hanya IQ yang membezakan kita dengan kawan2 lain. Kita boleh belajar, bergaul & bermain sama2. Tapi sekarang ni bila semua dah dewasa (tua), pangkat & harta benda yang membezakan kita. Tak boleh bergaul & berkawan macam dulu"

SETUJU!!! (Angkat dua2 tangan)

Aku sangat setuju kata2 Julie tu. Ada kawan yang sengaja menjauhkan diri. Tipon tak jawab, apatah lagi nak berSMS. Bukannya apa, kita cuma jalankan amanah. Teringat pesan kawan2 tu, "Kalau korang nak jumpa geng2 lama, jangan lupa ajak aku ye. Kol tau!!!"

Malas dah nak berjanji. Siapa nak join, rajin2lah tengok update di FB. Jangan nanti keluar ayat yang selalu aku dengar bila event lepak2 dah berakhir...
"Wehhh.. sampai hati tak ajak aku"

Rasa nak carut tak? 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pancing

OOOoooooo....

Belagak ye korang gi mancing udang senyap2 pastu uplod gamba udang yang korang pancing dalam FB. 2kg korang dapat ye.

Takpa.. takpa.. tangan aku dah gigil ni. Lama tak mancing kat Hulu Langat tu.

Aku bukanlah pemancing tegar & penyabar macam kawan aku nun di Kedah nu. Haaaa.. dia tu memang dah kategori 'hantu' mancing. Pantang nampak lopak hehe... *sori*

Aku bukan penyabar. Aku pemancing kategori 'suka2 nak ikut orang'...

Aku pernah ikut kawan2 pegi kolam mancing air masin di Klang. Masuk pertandingan & ada juga pergi atas tajaan seseorang. Sekarang aku marked kolam tu. Aku tak nak pegi lagi sebab aku tak dapat apa2 pun. Dapat penat je. Memang aku takda luck dengan kolam air masin.

Tapi kolam mancing air tawar Hulu Langat ni memang cemerlang. Aku rasa diri aku hebat semacam je. Gerenti dapat ikan. Kolam mancing Joran Terjun pun best!

Jom geng kita mancing. Aku nak buru baung!