Rabu, 27 Julai 2011

Rambut

Hati-hati! Rambut juga mengalami penuaan...

5 tanda penuaan rambut
> Rambut makin tipis...... YA
> Tidak bercahaya.......... SIKIT2
> Terlihat lemah......... HMMM...
> Kasar............. BOLEH TAHAN
> Sukar diatur........ BIASA JE


Akan memaksa diri ke Watsons beli vitamin untuk rambut sebelum 'terlewat'....


Sumber: Majalah Perempuan (Bil: 252)

Isnin, 25 Julai 2011

Aiseyyy.. susuk pulak dah :(

Kekonon nak rajinlah pagi2 buta ni nak buat 2nd post kat blog aku.. tapi astro citra tayang cerita SUSUK POCONG pukul 2.30 pagi. Ok lah, aku nak blahhh... Babaiii...





Ape?? Bukan takutlah. Nanti bil letrik tinggi. Sape nak bayar?

Back to school

Macam mana agaknya kalau sekolah aku buat reunion tema 'back to school'. Menarik, kan!! Bayangkan mak2 & pak2 orang pakai baju + kasut sekolah, bawa beg, bawa bekal botol air, kepit file, kepit buku yang diikat dengan book band, tocang kuda, rambut belah tengah.... Haha :)
Alalalalalaaaa.. rindunya nak pakai kasut Pallas Jazz feberet aku nie!! Ok, Mr HJ hari tu yelah Honda Jazz yer. Tolong jangan gosip ai... *Owhhh dua2 Jazz rupanya*



Form 4-5 aku guna beg Umbro tapi bukan jenis sandang tapi ala2 beg sukan panjang. Warna ijau cantek. Bukan apa, aku ni rajin sangat bawak buku banyak2...Satu penyiksaan ok bawa buku + book band. Double siksa bila kena berdiri dalam bas Toong Fong.



Stoking pendek paling aku suka. Tak payah lipat2. Kena pulak kain gantung. Layan pulak lagu abang2 'Kepak'. Macam bagus aje kan??? Ok, muka mintak penyepak satuuuuu...


Geng, sebelum puasa ni aku nak jumpa korang. Aku cuti sabtu-isnin. Kali ni kita bersukan ye. Boling! Amacam? Nora, Ieza (balik kl cepat2 ye), Shila.. emm sape lagi? Tolong jawab A.S.A.P....... Mengharap uolsss.

Luv!



Isnin, 18 Julai 2011

Feninglah

Sampai bila agaknya aku nak tempuh penyiksaan ni? Sampai bila? Kata mereka 2 tahun lagi. Sabar loyang.. sabar... *Sabar ajela bila Miss LV panggil aku loyang*

Dahlah kena menapak jauh, berpayung pink bagai gadis 'cas' ayu banget dengan high heels lagi. Ber-catwalk persis model on runway bersaksikan hanjing2 di jalanan yang berekor2. Dalam hati dok dup dap dup dap risau peragut berwajah syaitan. Hari tu dah ada yang kena ragut. Minah kecik molek tu terseret jugaklah. Kalau ala2 aku ni, walau tak mampu nak diseret, tapi.... ishhh tak nak pikir...

Muka dah ada jerawat balik. Gelap toksah critalah. Memang asli + makin menjadi2.

Seperti biasa, siang tadi aku bercatwalk sepanjang jalan itu. Hari ni cuaca panas semacam. Panas dah 'menangkap' kepala aku. Pening sampai ke malam.

Aku mula rindu hujan tanpa petir ;p..... biar sejuk... nyaman.....





*Bukan Noh Hujan yang kini milik Mizz Nina*

Ahad, 17 Julai 2011

Apa jadi 9 Julai hari tu?

Ok je. Aku pegi ofis ikut jalan lain takda sekatan pun. Sampai awal ke ofis. Kalau ikut highway cheras-kajang dah tentu sangkut berjam2.

Beberapa hari lepas tu, aku menggagahkan diri ku yg vain ni, kononnya nak berehat dari mengadap 'muka buku' untuk beberapa hari. Tak tahan baca status caci maki, gambar itu ini.......

Tapi, tak tahan lama. 'Muka buku' punya penangan!

Ok, aku nak syok sendiri jawab soalan ni.... cekidautt!!

5 gifts you would like to receive
1. Pakej haji
2. Android tablet
3. Single storey semi-D
4. Ca$h
5. Mr. HJ

5 places you want to go for vacation
1. New Zealand
2. Cape Town
3. Dubai
4. Amsterdam
5. Malaysia (banyak tempat lagi belum pegi)

Soalan lain menyusul esok.... emm lusa... tulat!!

Jumaat, 8 Julai 2011

Sekat + sesak + sendat

Dah 3 hari aku bawa 'bekal' baju & toiletries ke hulu ke hilir. In case kalau ada apa2 yang tak diingini berlaku, dengan senang hati aku boleh tidor di ofis. Esok ada rally BERSIH (9 Julai 2011). Macam2 benda ada dalam kepala otak aku ni. Paling banyak, benda tak eloklah. Kena pikir yang buruk dulu. Mungkin ada yang nak ambil kesempatan, maksud aku orang luarlah. Kalau tak jadi apa2, Alhamdulillah.....

Sekatan pun dah mula. Jalan jem tak terkira. Macam pesta pun ada. Tadi on the way balik rumah pukul 11.50 malam, di tol Batu 9 Cheras polis dah buat roadblock di jalan yang menghala ke KL. Nasib baik aku nak balik Kajang. Selamatttt... 

Sehingga berita ini ditulis, dengar crita suami Puan Nora pun tersangkut di situ :) *wahh bahasa kewartawanan gituh* 



Sesak. Masa ni ramai pemandu keluar dari kereta & lepak2. Lenguh agaknya. Ada juga yang patah balik semula ke Kajang. Tak sanggup!

 Esok - 9 Julai - aku kerja! Kena tempuh jalan yang sama macam gambar di atas tu... 



Tidaaaakkkkkkkk!!!!

Khamis, 7 Julai 2011

Tag

Maka bermulalah aktiviti mengeTAG kawan2 di FB. Macam2 ada. Cakap je nak apa - kuih raya, kain baju dewasa/kanak2, kerongsang, tudung lilit2 terbelit.. semua ada wa cakap luu.

Semaklah baiii.. Aku tak minat semua tu. Dah tentu aku removed tag. Kalau nak, aku sendiri akan cari depa peniaga2 alam maya.

Ada akak tu siap mesej di chat box aku "kalau nak tempah kuih almond london & kuih apokobondo sila tipon akak.. ambil tempahan 10 hari sebelum raya". Aku replied dengan simbol :) je.....

Semua tu bukan must-buy-things sangat pada aku. Yang penting dapat cuti raya yang panjanggggg. Syukur sangat *walaupun tiap2 tahun dapat cuti*

Aku pernah tak beli baju raya sebab tak minat nak bersesak2 di shopping mall. Jalan TAR jauh sekali. Orang ramai ya amat. Padan muka aku sebab tak buat persediaan awal. Tapi ok je raya aku. Meriah!

Setakat kuih raya takda masalah walaupun hakikatnya - nak buat, jauh sekali. Itulah untungnya ada kakak2 ipar ku sayang ~lalala~



P/S: Sori U.. saya TERcerita bab raya lagi *peace*

Rabu, 6 Julai 2011

Cubaan.. 1..2..3..

Cantik jugaklah rupa paras caramel aku. Eh helloo.. untuk orang yang berjari macho macam aku ni, kira ok whatt! Dah lah benda ni lembik...

Abaikan yang pecah itu.. tangan ku macho kan? 
 Resipi aku cedok dari Kak Nani Cantik Jelita. Macam2 ada di blog tu.


Ok, dah tak mengidam apa2.... *untuk saat ini*










Ya allah napa aku jakun sangat nak cerita pasal caramel ni :)

Selasa, 5 Julai 2011

Safee oh safee

Tak boleh tahan nak gelak bila dengar pesanan ikhlas Safee Sali di radio Sinar. Macam budak baru belajar bercakap.

Tak payah ikut skrip sangat Safee oiiii...



Sori D. Aku tau kau minat gilersss kat mamat ni

Teringin

4.19 pagi
Apsal tekak aku teringin sangat2 nak makan benda alah nie... Mampookah aku membikinnya. Seumur hidup tak pernah buat sebab aku bukan penggemar tegarnya. Serius cakap neh. Esok offday, haruskah aku bikin?? Beli?

Ehhhh.. tapi serius, 'shima Teringin' lah!!

Creme caramel

Nape blog ni dah jadi blog makan2??