Khamis, 14 Februari 2013

#Kusut

Salam... Hari ni banyak kerja. Lebih dari biasa. Nak berubah tempat, lagi banyak hal. Nak makan pun tak sempat walaupun 2 kali aku ke cafe. Sekadar minum. Berat badan tak injak pun jarumnya. Ishhh!!

Sebelum balik rumah, singgah restoran dulu. Roti sadin satu! Teh wooo waiss satu! Burppp kenyang.

Aku harap sangat kerja aku cepat siap (untuk Part 1.. Part seterusnya dunno). Nak cuti! Nak cuti! Kena rehat otak & bodi. Mau pakai lama :)

Bulan Mac banyak jemputan kahwin. Terpaksa pilih yang aku mampu pergi. Penang pun ada. Yang tu mesti 'mem' ku tidak izinkan & aku pun tak konfiden nak pergi sebab tak berapa ingat sangat jalan nak ke dewan 'toot'. Kedah pun ada. Yang ni mesti diizinkan sebab 'mem' & sedara mara pun nak pergi. Paling dekat di Cheras. 

Sebenarnya aku tak konfiden dengan kereta aku. Dah lama beliau tak jalan jauh. Tak kisahlah, yang penting kena hantar pergi servis dulu. 

Kereta tak ada hal pun, aku yang banyak songeh.



*nak kereta baru letteww*