Rabu, 28 September 2011

Amekaw

15 tahun dulu...

Entah macam mana, dua beranak ni (ibu & anak gadis) boleh terlibat dengan opis aku. Anak gadis tu umur belasan tahun. Kalau ikutkan, tak habis sekolah lagi. Tapi entah macam mana, dia boleh bekerja di opis aku untuk cari pengalaman.

Kononnyalah, disebabkan si gadis ni dah biasa duduk dalam 'dulang emas' (kaya), mak si gadis ni pernah keluarkan stetmen tak boleh blah..

"Kalau anak I kawin, I tak nak dia masak di dapur. Husband dia mesti sediakan orang gaji." - Kalah stetmen Nyonya Mansoor.

Sekarang...

Si gadis sudah cukup dewasa dan punya kerjaya yang hebat dalam bidang MASAK-MEMASAK yang telah membawa dia ke serata dunia.



Amekaw!!!

Demam malam

Demam.

Asal malam je rasa ala2 nak demam. Simptom2 nya mata panas, dalam mulut panas, lenguh2, extra pemalas (semulajadi??). Aku paksa diri minum 1 tupperware air jarang (itu kata orang jawa, melayu panggil air suam) walaupun rasa macam payau je kat tekak aku ni.

Apa puncanya?

Cuaca yang tak menentu ke? Beberapa hari ni hujan lebat. Tapi hari ni panas sampai ke petang.

Malam tadi nak tidur pun rasa tak best. Semacam!! Hello, bukan 'keteguran' ye. Ni pasal suhu badan aku tak menentu.

Akak kat opis aku buat ujian darah sebab dah seminggu 'demam malam'. Ada yang kata maybe denggi dan ada juga yang kata: "Hantu punya kerja"....  Tapi sebenarnya darah dia ada jangkitan kuman. Hantu juga yang disalahkan... hihi..... 

Itulah akibatnya bila Malaysia yang sejahtera ni banyak sangat pengundi hantu. Semua benda yang berlaku mudah sangat nak dikaitkan dengan hantu, hantu!!




*Aku=Penakut*

Isnin, 26 September 2011

Perghhhh...

"Fuhh..fuhhh... fuhhhhhhhhhhh"

Buang habuk & sawang kat blog aku ni :) Lama tak jenguk. Kebizian melanda diri.

Ahad (25 Sept) aku kongsi buat open house dengan Siha. Dia tinggal bujang, sesuai bawak kawan2 kumpul lama sikit. Kalau rumah aku tak sesuai sebab aku tinggal dengan famili. Tak sesuai jadi medan lepak2 sedunia.

Aku bermalam di rumah Siha sebab pagi2 lagi kami kena MASAK. Ye masak. Tak percaya? Aku lagi tak percaya pada diri sendiri nak masak banyak2. Siha pun macam tu jugak.

So, hari Sabtu malam Ahad aku dah sampai rumah Siha di Serdang pukul 12malam. Lepak2 depan tv layan HBO sambil tunggu lemang segera yang direbus. Pukul 3pagi kitorang dah start buat trifle. Dapatlah dekat 20 mangkuk. Sorang dapat 1 mangkuk. 

Trifle
 
Caramel aku dah siapkan awal2 lagi. Aku buat Jumaat malam Sabtu. Siapkan 20 mangkuk kecil & 1 loyang creme caramel.

Creme caramel versi loyang


Operasi memasak mula jam 8.30 pagi. Tak mandi ok. Beres pukul 1tengah hari. Masih tak mandi ok. Hehe...

Kuah untuk bihun soto. Pada aku size periuk ni cukup besar ye :)

Menu simple tapi dapur riuh. Bergosip pun ye jugak. Masing2 tak konfiden nak masak seperiuk besar macam ni. Selalu buat untuk makan sorang je. Tapi disebabkan aku sentiasa pegang ayat 'kita yang buat dia', akhirnya sup tu jadi juga. Sampai bibik tukang sapu kat kondo ni terpekik2 tepi dapur "Masak keee? Sedapnya bau!"... Perghh kembang pipi kami macam kena suntik botox beb!!!

Sambil2 masak aku sms si comel Nani suruh datang cepat. Nani termakan umpan aku. Dia datang paling awal - 12 tengah hari. Apa lagi, kena dera dek Siha le. Tolong siat2kan isi ayam & potong lemang. Tima kasih Nani. Sayang ko! cup..cup..cuppp.......

Kemudian barulah datang Azrine & kids, Zakiah & anak ensem, Lyza & hubby, Azli, Jilah & kids serta Peah.

Menu hari tu ialah: Bihun soto, rendang & serunding daging, salad buah2an, air ribena, lemang segera, trifle, creme caramel, muffin blueberry, kuih raya (of coz)

Tak lupa juga tajaan makanan iaitu trifle (Lyza), cheese tart (Jilah) dan keropok tam-tam (Azrine).

Terima kasih kawan2 yang sudi datang dari jauh. Ada yang dari Segamat ye (Peah - datang KL kejap atas urusan kerja) & ada dari Kuala Kubu Baru (Zakiah). 

Harap2 lepas makan takda sesapa sakit perut. Ni 1st time aku & Siha masak dalam kuantiti yang banyak. Maklumlah, orang bujang.. hehe.......

Kawan2 yang tak dapat hadir ialah: Pakar riuh rendah gegak gempita iaitu Shahila, Cikgu Ieza (ayah tak sihat), Azliza (kenduri katenyer) dan Nora Glamer Cun yang hilang dari radar aku.

Lain2 tetamu yang datang - mak ayah Siha, adik dia & frens dan student Siha datang waktu malam. Aku balik lepas Maghrib.

Sehari yang penat tapi enjoy. 

Terima kasih Siha!

Jumaat, 16 September 2011

Bila orang malas mengupdet blog

Kita layan lagu lagi ye.. boleh? Lagu yang sentiasa malar segar dalam kepala otak aku.... 

John Lennon & wife, Yoko Ono
Alamak. Dah pukul 3.45 pagi. Tengah hari esok ada open house di Cheras. Lepas tu nak bergegas ke rumah Zila di Mines. Then terus bergerak ke rumah Siha di Serdang - berkumpul. Malam nak pergi tengok bakat muda Selangor di Auditorium MBSA. Budak 'Cinta Muka Buku' nak nyanyi. Letih wooo nak hafal lirik lagu dia. Panjang berjela. Failed!!!

C U there guys!

Rabu, 14 September 2011

Open house yang belum tentu jadi

Ramai dah set dalam kepala, asal open house je mesti ada makanan banyak2 atas meja. Terikut2 dengan budaya open house zaman sekarang....
 
Raya tahun lepas aku buat open house. Sebenarnya kongsi dengan satu majlis kecil di rumah aku. Cacak dua khemah - siap ada meja RESERVED untuk tetamu VIP. Makanan nasi beriani, lauk pauk, buah2an, minuman, kuih muih dan aku beli home-made choc seratus kotak kecik untuk tetamu.

Tahun ni kalau aku jamu ala2 makanan yang ringan saja boleh tak? Contohnya bihun sup @ mee kari @ laksa. Dah tentu aku pilih bihun sup sebab mudah nak disediakan. Lagi satu sebab konkrit aku pilih bihun sup yelah sebab --> i hate laksa :) ..... ~~and of coz bajet tidak mengizinkan~~

Apa kata kita balik semula ke zaman kanak-kanak kita dahulu. Beraya ke rumah orang hanya makan ketupat, rendang, minum air oren dan makan kuih raya. Jangan lupa aksi makan kuih raya terutamanya kuih yang senang lerai dan tumpah atas karpet. Kemudian serdak2 kuih raya tu kita sorokkan bawah kerusi rotan tuan rumah. Tak senonoh betoi hihi..... ~~sori~~

Oh ya, masa kanak-kanak dulu aku siap marked rumah mana yang ada kuih feveret aku iaitu kuih sarang semut dan biskut arab. Rumah tu aku & the gang serbu awal2...

Semperit Aidi

Semperit

Bekas kuih raya untuk tetamu dah kosong. Kena penuhkan semula. Mula2 masukkan kuih Snow Ball Choc. Then kuih badam. Then kuih semperit. 

Hmmmm.. semperit :(

Sedih tengok kuih ni. Teringat sorang kawan aku, Aidi namanya. Dia baik, cakap lembut je. Kalau dia balik kampung di Raub pada hari raya, dia takkan lupa bekalkan aku sebekas kuih semperit. Semperit mak dia sangat sedap.

Lepas beberapa tahun aku kerja sebumbung dengan Aidi dan dapat makan semperit mak dia setiap tahun, akhirnya aku berhenti kerja. Tak dapat lagi semperit Aidi.

Sehingga ke hari ini aku tak dapat merasa semperit Aidi & tak dapat jumpa Aidi buat selama2nya. Dia meninggal tahun 2009 akibat kanser usus. Tinggallah seorang balu & 4 orang anak untuk meneruskan hidup.

Al-Fatihah untuk Aidi :(

Isnin, 12 September 2011

Yuna

Nirvana's - Come As You Are. Slower version by Yuna. Terbaiklah! 


Ceq sukaaaaaa...!!

Ahad, 11 September 2011

Ustaz 'segera'

Ramainya 'ustaz' muncul di FB ni. Rajin betul mengupdet status.

Bagus... memanglah bagus status menyeru kawan2 di FB untuk beramal soleh & berpesan2 ke arah kebaikan. Tapi, bila status tu macam ayat bongkak seolah2 dia saja yang betol, bukankah dah jadi riak??

Bukannya 'ustaz' tak pernah muda. Kalau nak nasihat, buat ayat secara umum. Jangan puji diri macam bagus, orang lain jahil. Jangan macam tu ye, 'ustaz'.

Alahhh 'ustaz' ni macam lupa pulak kisah dulu2.... alaaa yang hutang orang tak pernah bayar tu. Lepas tu tipu sana sini bila kesempitan RM. Sanggup cakap mak sakit teruk kat hospital padahal 'kencing' semata-mata. 

Nasib baik Arie bocor rahsia kata kau pernah 'kencing' dia. Kalau tak, rm300 duit aku terbang pada 'ustaz'.

MasyaAllah.. ana sudah cerita aib lah!! Astaghfirullahal'azim....

Tapi kan 'ustaz', aku gelak guling2 bila ada kawan panggil ente 'ustaz'. Tinggi sangat gelaran tu. Tak layak lagi kot. Tunggu sikit masa lagi ye. Belajar lagi.......

Aku cukup suka 1 status dari sahabat kita ya 'ustaz'. Namanya Shahrum. Macam ni ayat dia:
"Kalau Allah tahu anda sembahyang, kenapa perlu beritahu satu dunia anda sembahyang?"

Hmmm.. mendalam kan maksud dia. 


~ Makan dalam ~

Antara 2 bapa

Bapa 1 - China
Kerana kasih & tak sanggup lihat anak menderita, seorang bapa sanggup 'derma' sebahagian kulit untuk anaknya. Oleh kerana hidup mereka agak susah, si bapa sanggup gunakan ubat bius paling cikai. Terpaksa menahan sakit demi anak tersayang.

Terharunya tengok pengorbanan seorang bapa. Teringat kisah 9 September lalu di Sungai Petani. Sila buat perbandingan sikap antara 2 bapa......

Bapa 2 - Malaysia
Berang setelah gagal memujuk bekas isterinya untuk berkahwin dengannya semula, seorang penoreh getah mengamuk dan mengugut untuk menembak tiga anak mereka dengan senapang patah.

Sabtu, 10 September 2011

FD5-3D

Apehal kereta kat belakang ni hi beam hi beam aku. Bersopanlah di jalan raya. Jangan berlumba di jalan raya. Berhati-hati di jalan raya.

Agak-agaklah, brader. Aku baru balik tengok wayang cerita Final Destination 5 kot!! 3D pulak tuh. Trauma tak abis lagi... ~~ "Tajat boboy tengok tangan melayang2" ~~

Babak mati paling tragis

Miles Fisher (kanan) sebijik Tom Cruise
 
Babak cemas sebelum jambatan runtuh

Sundal malam

Pernah tengok bunga sundal malam? 

Oooo.. pernah ye? Ha'ah.. yela.. bunga yang 'berlakon' filem Pontianak Harum Sundal Malam tu ler. Bunga yang Maya Karin letak kat sanggul. Pulangkan!!!!

Aku dah lama berangan nak tanam pokok bunga ni. Macam best je nampak dalam satu scene, pokok2 bunga sundal malam tumbuh menegak... bunganya banyak (ntah2 bunga pelesu.. who knows??) Walaupun namanya ala2 seram ahkak nak sebut tapi ku tetap nak cari.

Dah puas cari, lastly terjumpa pokok sundal malam di nursery dekat Sungkai. Beli 1. Bawa balik rumah aku pecahkan jadi 2 bahagian. 1 untuk aku dan 1 lagi untuk cousin aku.

Punyalah lama nak tunggu pokok ni berbunga, akhirnya dia 'beranak' jua.... sekarang makin menjadi2 ye wahai Cikpah. 

Bila balik rumah waktu malam, bunga ni ada bau2 manja menusuk hidung. Tapi aku tak berani nak pandang sundal malam tengah2 malam, kang 'Maya Karin' lambai2 huhu..

Sudah mari...
Kudup kecik.. daun macam lalang
Macam bunga melur kan?
Kembang
Kembang elok


Cedok dari wikipedia: 
Pokok Harum Sundal Malam atau juga dikenali sebagai Sundal Malam berasal dari Amerika Tengah. Dinamakan sedemikian kerana bunga ini kembang malam. Nama saintifiknya ialah Polianthes tuberosa.

Jumaat, 9 September 2011

Jom

Alahai mata... tidurlah...

Esok dah janji dengan Jules nak ke rumah Bayah di Negeri Sembilan. Errr ekceli sempadan Negeri Sembilan dengan Selangor je. Ada acara paling dinanti2kan - apa lagi, acara rumah terbuka lah :) untuk menambahkan kegebuan bodi masing2.....

Mulanya macam dah nak kansel, tapi Jules kata dia sanggup redah, so I follow je - bak kata SY!!

Esok Jules janji nak jemput aku jam 1tgh. Tapi sempat ke aku nak hantar satu bekas kuih raya untuk wife D. Kesian, teringin kuih raya katanya. Mana tau, entah2 dah berbodi dua.. aminnn...

Akan aku usahakan jugak hantar kuih tu. Jumpa D/wife dia di pondok pakgad. Kalau esok tak sempat, lusalah jawabnya. Padahal rumah kami dekat je....


Eh.. sebelum terlupa, aku nak ucapkan tahniah kepada sahabat aku yang baru dapat anak saudara. Tahniah ye, Ieza. Dah jadi mak long ye... Jangan lupa uplod gambar baby :)

Cantik coli dia

Tolonglah buat tapisan sikit. Walaupun babak 'coli' tu pada jam 1.03 pagi tapi jangan ingat semua budak2 dah tidur ye.

Budak2 zaman sekarang pun pandai tidur lewat. Lebih2 lagi hari Jumaat malam Sabtu camni. Esok tak sekolah.

Khamis, 8 September 2011

Melayu moden konon

Tadi merayap ke cari.com. Layan gosip, current issue, mistik, politik dan macam2 lah. Terbaca kisah pelakon remaja yang tahun ni baru nak ambil SPM sudah tindik lidah & kuat bersosial sebab nak tarik perhatian mak ayah yang sudah bercerai. Moga dia berubah satu hari nanti. Tak nak cakap lebih2, 'orang tua' dia kawan aku ;(

So, ramai yang kutuk dia di forum tu. Ada pulak yang bekappp. Tapi stetmentnya bengappp. Nilailah sendiri....


"I pelik dgn setengah masyarakat melayu kita ni.. Asyik duk mengata orang,  buat dosa, tapi x sedar diri pun sebenarnya duk buat dosa megutuk orang.. Cara u all bercakap di sini mcm u all kenal rapat dgn si Erin ni.. Dan lagi satu, if nk critic , critic lah Dari segi lakonan die, bukan mengutuk dia n family dia.. Pada I, sekarang zaman modern, piercing atau pun tindik2 ni da menjadi trend N fesyen.. Begitu juga dgn tattoo.. It's juz body art.. Nothing wrong wit that.. Lagi pun, x kisah lah Erin atau sesiapa pun yg bertattoo, bukan nya mengganggu hidup org laen, sekarang ni zaman modern, if u wan a talk bout agama, hiburan pun x boleh kan, mengutuk org pun x boleh kan.. I hanya bagi pendapat I sahaja, Dan ttg her mom yg Pakai terse ah, bikini, memang bikini Adalah pakaian mandi, x kan nk Pakai Jubah bertudung pergi mandi laut atau dive.. I sebagai Melayu yg modern tak kisah semua ni, selagi x ganggu org laen, Dan happy dgn life kita, only low mentality people yg Akan hentam m mengutuk mcm ni.."


Inilah contoh Melayu moden yang nak menghalalkan benda yang terang2 haram. Body art konon!!!

"Suka hati akulah. Kubur asing2"

"Kubur memang asing2 tapi kalau kau terjerit2 masa kena siksa kubur, bukan ke dah ganggu ketenteraman 'jiran' di kubur sebelah?"

Kempen berjimat cermat

Boleh ke??

Ok, mulakan dengan membuang 'benda2' yang bukan penting sangat dalam hidup. Contohnya:
- Kurangkan bil astro dengan membuang program2 yang tak minat sangat (sudah)
- Tamatkan no hp satu lagi (sudah)
- Segerakan bayaran bills & ansuran itu ini untuk elakkan denda
- Beli kasut takda jenama (sudah)
- Lupakan MAC, dapatkan Revlon. Efeknya sama je. Cubalah (sudah)
- Tak payah beli handbag untuk tempoh 5 tahun ni
- Jangan rajin sangat temankan orang pegi shopping sebab akhirnya aku yang berlebih2  untuk benda yang entah apa2
- Sayangilah hp cokia yang sedia ada ;(
- Kurangkan belanja kengka_ _ _
- Macam2 lagi ~ lu pikirlah sendiri ~

Cakap memang mudah, kan. Baiklah, aku sedang cuba merealisasikannya. Yakin boleh!! 


*kalau mak aku baca entri ni mesti dia cium aku tak henti2 ---> kes tak percaya hihi*

Ahad, 4 September 2011

Kesian lembu

Hari tu aku tonton astro 703 @ 707 (tak ingat)... Dokumentari pasal steak di US. Krew program ni keluar masuk restoran2 steak terbaik kat sana. Ada pelbagai rupa & saiz hidangan. Ada steak terbesar yang tak pernah aku tengok saiz macam tu di tempat kita. Nak meleleh air lior aku tengok diorang makan steak.. haihhh... feveret aku:)

Kemudian, penggambaran diteruskan di sebuah restoran steak ala Jepun, tapi lokasi masih di US. Menurut pakcik Jepun yakni pakar daging di restoran tu, steak dioranglah yang paling sedap & lain dari yang lain. Lalu dia pun buka rahsia, kenapa 'daging' steak di situ sedap. 

~~Cepatlah bagitau, pakcik Jepun. Tak larat dah nak dengar kau cakap English. Bergulung2 lidah~~

Nak tau kenapa? Ni yang rasa macam nak kasi penampar Jepun kat pakcik Jepun tu...

Lalu krew TV dibawa ke ladang ternakan lembu. Lembu2 yang dah cukup umur, besar & sesuai dijadikan 'lauk' dibawa ke depan kamera. Kemudian lembu2 ini 'dipaksa' minum arak sampai tercungap. Lepas tu badan lembu tu diurut2 & diketuk2 (perlahan je) macam orang berurut di spa. Kemudian diberi minum arak lagi. Proses dilakukan berulang2 ye. Tak taulah, sekor lembu minum berapa botol arak. Itulah rahsianya kenapa 'daging' steak di restoran pakcik Jepun tu lebih sedap dari restoran lain.

Kesian lembu dipaksa minum air kencing setan. Haram tau... :(

SMS XXX

Tengok Melodi Raya tak?

Kononnya pelakon 'Kiah Pekasam' si Zain Saidin adik kepada Sasha Elite hantar sms lucah kepada pelakon/bekas pelajar AF6 yang tersingkir awal si Ika Nabila. Terkulat2 jugaklah Zain nak jawab. Sudahnya, masing2 bermaafan depan kamera. Terus dapat liputan free.

Sms lucah.. kau ada??

Ada... duluuu...

Sehari sampai 3kali hantar. Aku baca & biarkan. Bukan boleh dilayan. 

Dah hampir seminggu aku tak layan, dia buat misskol.

Aku diam. Bila diam, lagi meronta2 kot ##### dia. 

Dia kol lagi. Aku jawab.

Ceh, ingatkan berani sangat. Dia putuskan talian. ~Mereng~

Satu hari, dia sms lagi. Aku ingat lagi hari tu hari Jumaat. Macam biasa, sms lucah penuh kepornoan. Kesian, kurang kasih sayang.

Aku balas, "Tak gi semayang Jumaat ke?" 

Dia balas, "Nak berkenalan boleh? Saya X..."

Gile lah!!! Aku kenal sangat kalau kau betul si X.

Esok, aku terus tanya kat batang idung dia. Aku dah agak, dia tak mengaku.

"Kalau tak percaya, nanti saya buat misskol. Cuba awak tengok nombor kat hp awak. Sama tak dengan nombor sms lucah tu."
Emmm.. tak sama. Ok, bye...... ~Blah cepat, malu wehhh~

Nak dijadikan cerita, kawan si X bagitau aku, "X ada dua nombor hp.. 012 & 019." 

Laaa... kenapa tak bagitau awal2, boleh aku cantas anunya bagi hanjeng makan!!!


Grrrrrrrrrrr...

Jumaat, 2 September 2011

Rasa megah bila diri dah 'dipanjat-panjat'

Kredit to: Majalah Perkahwinan

"Bila nak kawin? Jangan lambat sangat nanti lemau"
"Bila nak kawin? Anak Kiah Kelantan sebaya kau anak dah 5"
"Bila nak kawin? Tu lah dulu orang nak, kau jual mahal"

Janganlah samakan aku ni dengan LESBIAN. Pikir sikit, aku pun ada perasaan. Kau pun ada anak. Macam2 kemungkinan boleh jadi. Aku bukan menyumpah, dunia ni bulat.

Aku pernah kena perli masa majlis kawin kawan aku. Dia tua 4tahun dari aku. Itupun famili yang carikan jodoh untuk dia sebab adik dia nak kawin. Famili dia ni memang ikut adat macam orang dulu2. Kalau kakak belum lepas, jangan harap adik boleh langkah bendul. Sebab tu famili kelam kabut carikan dia jodoh 'tangkap muat'. So, kawinlah kawan aku ni. Tapi jodoh tak panjang. Akhirnya dia kawin lagi sekali. Pun jodoh tak panjang... -Kisah ni buatkan aku tak rasa rendah diri walaupun tak kawin-

Masa jumpa kawan2 lama pun kena jugak. Yang lelaki ok je, tapi yang perempuan (ada la sekor dua) anggap aku macam makhluk aneh. "Kenapa? Pernah frust ke?".. Adoii.. tolonglah! Ini bukan filem Sembilu Part 1 nak sedih2 nangis dalam bilik sambil mengadap cermin kat meja solek. Macam biasa aku buat bodo je. Lantaklah. Bukan aku sorang tak kawin. Ada lagi 3,4 orang. Tapi semua tumpu pada aku. Ok, aku anggap aku sangat popular di kalangan mereka dan mereka rasa tergugat ha.. ha..
Ini semua jodoh. Aku tau korang nak cakap "Kena usaha, jangan diam diri". Yang tu aku tau. Aku rasa aku takda self confident yang tinggi sebab mulut-mulut-mulut sial yang jadi juri tentang rupa paras & bentuk fizikal seseorang...*aku lah tu*

Asal bodi kurus, sexy, boleh pakai jeans kaki keding, tudung Yuna berayun2 - terus masuk kategori LAWA. 

Jangan tipu dengan ayat nak sedapkan hati "Anda ada kecantikan dalaman". Lelaki, walau sehuduh mana pun dia, cuba tengok wifenya.. cuba tengok Bung.. ;p

Kalau orang mok & wajah tak komersial macam aku dapat laki hensem pun susah jugak. Mesti orang cakap "Kesiannya dia. Dah le hensem, bini dia alahaiii.. gerenti kena minyak dagu neh. Gerenti".. See, aku jugak yang kena tuduh, kan!

Yang cakap aku jual mahal pun ikut sedap anak tekak dia gak. Kena pikir semua benda. Kena ada sifat materialistik sikit ~ Sikit je ok ~ Hidup ni jangan nak berserah je. Ikut sedap nak 'panjat-panjat'. Kena pikir selepas perkahwinan. Kawin nak grand macam CT, utang keliling pinggang. Lepas kawin melopong. Patutnya kena pikir hidup lepas kawin. Cari rumah yang selesa, bukannya menumpang bilik 'untuk disewa' macam dalam filem Ibu Mertuaku yang akhirnya terpaksa pindah ke kolong (bawah rumah) lepas tak mampu bayar sewa bilik. Jangan fikir zaman sekarang tak wujud situasi macam tu. Aku pernah jadi saksi. Malas nak cerita...

Aku tau aku tak perfect macam korang yang cantik jelita dan sangat laris dapat berkahwin awal. Tapi korang pun tak sesempurna mana. Aku tak suka nak kutuk fizikal orang, tapi kalau orang dah mulakan dulu, aku kena bagi 'sebijik' jugak. Aku mampu lagi senyum sambil menahan bau busuk mulut korang...

Dulu, aku pernah berkawan dengan sorang tutor U** orang Kelantan. Kawan. Tak lebih dari itu (ayat macam artis majalah, kan). Urusan kerja. Pernah sekali dua aku ke U** lunch sama2. Rupa dia ada iras2 macam anak Uji Rashid si Cico Harahap tuh. Time tu aku muda dan tak se'mok' macam sekarang. Tapi, mulut puaka tetap berbunyi. Aku sedih jugaklah time tu. Gile tak sedih. Aku bukan robot. Dah le takde affair ape2, kena laser pulak.

"Kau ingat mamat tu nak kat kau ke? Orang Kelantan tetap pilih pempuan Kelantan yang lemah lembut. Bukan macam kau. Mak dia mesti tak suka orang KL" - Aku berkawan ajela, babi.




Kahwin adalah penyelesaikan untuk puaskan hati orang...

Tragedi

Mula bekerja pada hari ini selepas cuti 5 hari. Di Jalan Cheras, depan Maktab Polis (jalan menghala ke Kajang) jammed!

"Ohh.. orang dah start buat open house agaknya.." - Suka hati aku ajekan??

Kereta aku semakin hampir dengan kawasan jem tu... *roti plissss - ok tak lawak*

Rupa-rupanya eksiden. Motor dengan apa, aku tak tau. Aku perlahankan kereta. Ya, inilah tabiat buruk orang Malaysia (termasuk aku). Bila ada eksiden je mesti nak perlahankan kenderaan & buatkan jalan bertentangan pun jem.

Dengan sikap 'joyah' begitu tebal dalam diri, aku mengintai di celah2 besi pembahagi jalan.

Ohh-emm-giii... padan muka aku. Nak tengok sangat. Sekarang diri sendiri sudah gelisah. Balik keje nanti aku kena ikut jalan lain. MESTI..!

Nak tau apa aku nampak? Mangsa kemalangan yang dah ditutup dengan plastik hitam. Nampak macam lebih dari sorang.

Aku tak tau nak tulis apa lagi. Al-Fatihah (kalau Islam) kepada mangsa yang terlibat... :(

Khamis, 1 September 2011

Ada apa dengan Hat Yai?


Sebut je pasal Thailand, mesti aku terbayang makanan eksotik dijual merata jalan. Ada lipas goreng tepung, ulat gonggok asam pedas, vavi tiga rasa... Awat aku kolot sangat? 3@4 tahun lepas syarikat nak hantar aku ke Bangkok atas urusan kerja, tapi nasib baik tak jadi ke sana sebab Gelombang Merah. 

Yang sebenarnya, aku pun tak nak pergi. Tempat pertumpahan darah camtu semua tolak kat aku. Tempat best2 jangan haraplah aku dapat pegi... he..he..

Aku dah terpengaruh, sedara mara kata best pi Hat Yai. Ramai orang Islam kat situ. Apa ada kat sana? Shopping barang siam aja ka? Tempat dia best tak?

Tapi, ada jugak yang dok pengaruh aku pergi ke Krabi. Owhh.. pulau2, air2, laut2.. nehi2... tapi hati meronta2 nak pi. Tempat tu cantik. Tengok kat internet jela.. Mampukah? RM.. di manakah dikau, RM?

Takpa.. takpa... InsyaAllah aku akan pi sana. Tunggu! Bila? Hujung tahun atau next year kot.

Dari internet: 
Nightlife: Together with shopping, the main attraction of Hat Yai is its nightlife. Ever popular among weekenders from Singapore and Malaysia, as well as Thai and Western visitor, most people should have no problem finding kicks to suit their late night tastes in Hat Yai. With heaps of live music venues, beer gardens, karaoke, cafés, bars, pubs, discos, and local style dance clubs, Hat Yai caters to all.

Pandai-pandailah bawa diri.. Biasalah, siam!

Raya

Hari pertama: Ke rumah makciks & pakciks di Perak. Sepupu pun ramai di situ. Anak2 sepupu laaagiiiiiiiiii ramai. Duit raya sikit2 jelah ye... He.. he... Balik hari je. Malam dah balik KL. Alhamdulillah, trafik berjalan lancar & tiada kemalangan. Teringat kawan aku si Butet cerita, masa dia dalam perjalan ke selatan, banyak kali dia terserempak kemalangan di highway. Oh ya, sebelum ke Perak, kami lintas Istana Negara. Banyak betoi kereta di bahu jalan. Asal boleh je. Lebih kurang 1km dari Istana Negara jauhnya diorang sanggup letak kereta dan jalan kaki ke istana. Agong buat 'open house'. 

Hari ke-2: Dah takde dah pakai2 baju raya. T-shirt & seluar track saje. Ke K4 & JJ beli barang sikit. Yang penting, aku dah beli ellips hair vitamin (hari tu kan aku meraban pasal rambut tak bermaya). Hari ni jugalah aku baru nak gantung lampu raya 'ketupat' selepas lampu lip-lap aku kebabooomm bila aku cuba menunjukkan kepakaran membuat penyambungan wayar.. *nasib baik idup lagi*..... Malam ni jugalah aku TERtengok Berita Dunia di TV1. Lepas berita, dalam pukul 11.30 malam tiba2 ada iklan jemputan Agong & Permaisuri ke 'rumah terbuka' mereka pada 1 Syawal. Agak2lah, hari ni dah 2 Syawal. Takkan RTM tak pantau iklan mana yang dah keluar, yang mana belum. Takut orang konpius...

Hari ke-3: Lepak atas katil buat entri ni (and saved):) Kat ruang tamu ada tetamu. Famili yang mak aku jaga anak2 diorang dulu. Biarlah depa sembang2. Riuh je bunyinya. Kononnya nak berkurung dalam bilik sambil tonton dama Sebelum Akhirat di youtube tapi tenet lembab! Alahai... air, keropok semua aku dah angkut masuk bilik. Tenet buat hal pulakkk... Misi gagal. Terpaksalah aku terus berkurung dalam bilik sampai tetamu balik. Nak keluar, takleh dah... nanti orang cakap aku baru bangun tido...

Hari ke-4: Esok, kerja menanti di pejabat. Sekian!