Isnin, 28 Februari 2011

Nora, ini kenangan kita

Sejak kecil aku suka majalah humor. Masa tu awal 80an (or ujung 70an) kalau tak silap aku, abang2 aku suka beli majalah Gila-Gila. Aku tak tau baca lagi. Jealous tengok abang2 aku gelak baca majalah GG tu. Yang selalu jadi mangsa/tukang baca untuk aku ialah mak. 

Pernah 1 hari aku koyak 1 mukasurat GG, kalau tak silap kartun arwah Pak Jab (Rejabhad) & aku cakap pada mak "Nak simpan... bila dah besar boleh baca sendiri"

Mesti mak bangga sebab aku ada usaha nak membaca... ngeee!!

Kalau beli GG mesti cepat2 nak baca sebelum akak jiran belakang rumah pinjam :)

Gila-Gila

Selain GG, majalah Gelagat, Gelihati, Jenakarama & paling ngetoppss dah tentu majalah Ujang Lawak Antarabangsa menjadi pojaan ramai tahun 90an.

Sekarang ni dah takda majalah kartun best macam dulu. Semua macam 'tangkap muat'. Lagipun sekarang semua guna komputer. Watak 'ulang tayang' buatkan orang jemu nak baca. Dah takda originaliti pada setiap keluaran... *sigh*

Yang atas tu intro saja. Sebenarnya aku nak cerita pasal nie...

Bila bercerita pasal dunia kartun tiba2 teringat kisah waktu sekolah menengah dulu. Bila dapat tau cikgu nak buat rombongan ke Creative Enterprise (majalah GG) aku & the geng tergedik2 nak pergi. 

Tiba harinya, kami pun sampailah opis GG. Semua tak sabar nak jumpa kartunis pojaan - Pak Jab, Ujang, Long, Cabai dan lain2. 

Lepas diberi taklimat pasal Creative Enterprise, kami dibawa ke studio.

Yeeeaaayyyyyyyyyy... boleh jumpa kartunis!!!

Mula2 jumpa kartunis Long. Lepas tu arwah Pak Jab dan lain2. Paling teruja kami nak jumpa kartunis Ujang. Gilalah siapa tak minat dia. 

Masa kami semua dijemput masuk ke bilik Ujang, aku, My BFF dan beberapa gegediks berebut nak berdiri tepi meja Ujang. Atas meja Ujang ada lampu meja. Bila dah berasak2, entah makhluk mana ntah udah langgar lampu tu....... dan... emmm... paham2 sendiri la... 
 
Sampai sekarang takda siapa pun yang mengaku langgar lampu tu...... 


Hahahaaaa.. tiba2 ku teringat kenangan lama kita, sahabat!!

Ahad, 27 Februari 2011

2 wayang serentak... kau ada?

Beli tiket wayang RM12 untuk tengok movie ni..

I Am Number Four


Amat 'berbaloi2' dengan harga RM12 itu DUA WAYANG ditayangkan serentak -- satu di skrin dan satu lagi selang 4 buah kerusi dari tempat duduk aku.

Sekian terima kasih.......... (T_T)

Rabu, 9 Februari 2011

UFO

Unidentified flying object.. yang tu nama panjangnyalah.

Baru-baru ni seorang lelaki mendakwa ternampak UFO di Sabak Bernam... err.. ye di ruang angkasa ye murid2.... bukan di dasar laut, yang tu kapal selam..

TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini. 

Susah sebenarnya bagi orang lain nak percaya atau terima benda2 macam ni kecuali bila diri sendiri dah TERtengok.. 

Ada pula yang buat lawak ~ "kalo mende tu laju maka UFO, kalo slow maka tu adalah hantu tanglung"... ewww!! tau tak macam mana rupa tanglung? dah tentu aku takkan gigih mencari & uplod di sini kerna sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3.50 pagi... *takot*

Kawan aku pernah cerita, kononnya seseorang pernah ternampak 2,3 biji UFO berkejar-kejaran di Hulu Klang. Tapi, itu dulu punya ceritalah. Zaman takda hp so, tak bole nak snap gambar buat bukti.

Maybe macam ni.... *gambaran aku aje*

Bagi aku... aku ok2 saja kalau orang dakwa pernah nampak objek ni. Mungkin ada yang boleh terima dan ada yang tidak. Lebih sadis, kalau terus jatuh hukum ~ "Dah gilalah tu"...

Macam aku bagitau tadi, aku ok2 saja sebab aku juga pernah melalui saat2 itu... wallu'alam.

bila apdet blog ketika kelaparan... ini saja yang aku bayangkan

*krrruuuuukkk* 

panjang berjela tajuk entri aku, kan? sipi2 macam tajuk lagu jeslina hashim 'Ku Intai Cinta Dalam Rahsia'... *krrruuuuukkk*

inilah 'peristiwa' yang berkait rapat dengan tajuk di atas. ini yang aku bayangkan.................... *krrruuuuukkk*

sambal udang bonda

nasi beriani kenduri kawin.. buat sendiri tak beshhh (baca: tak tahu buat)

asam pedas ikan sembilang.. nak power lagi letak serbuk kari sikit

kari kambing... *kaki/betis/peha dia ni heheee*

ciken chop secret recipe.. *nak ayam dia, nasi takmo*

tak minat. tapi saja uplod sebab time ni aku pegi secret recipe dengan my BFF.. *lebiu*

pulut kuning + serunding.. *emm boleh laaa*

kite bako.. kite bako.. ikan bako





kalau makin tembun, sila salahkan diri sendiri....... ~ BAIK! ~


*krrruuuuukkk* ~ bukan nama grup baru ciptaan norman, yusry & edry tapi bunyi itu datang dari dalam perut ku yang berkeroncong!

Isnin, 7 Februari 2011

status FB

"ingin cantik seperti rama2" ~ cantik ke??
"sejuknya opis ni buat mata makin mengantuk.. rasa ingin pulang bertemu cik abang" ~ WTHal
"tak suka pada manusia yg bla..bla..blaaa.." ~ asyik merungut3, pi balik dok rumah!
"hati berbunga-bunga... terima kasih kerana terima saya seadanya ye, AWAK.." ~ promosi diri
Setakat ni tiada siapa pun yang boleh lawan status FB Bik Mama.. 

u go gurl.. eheks!