Isnin, 28 Februari 2011

Nora, ini kenangan kita

Sejak kecil aku suka majalah humor. Masa tu awal 80an (or ujung 70an) kalau tak silap aku, abang2 aku suka beli majalah Gila-Gila. Aku tak tau baca lagi. Jealous tengok abang2 aku gelak baca majalah GG tu. Yang selalu jadi mangsa/tukang baca untuk aku ialah mak. 

Pernah 1 hari aku koyak 1 mukasurat GG, kalau tak silap kartun arwah Pak Jab (Rejabhad) & aku cakap pada mak "Nak simpan... bila dah besar boleh baca sendiri"

Mesti mak bangga sebab aku ada usaha nak membaca... ngeee!!

Kalau beli GG mesti cepat2 nak baca sebelum akak jiran belakang rumah pinjam :)

Gila-Gila

Selain GG, majalah Gelagat, Gelihati, Jenakarama & paling ngetoppss dah tentu majalah Ujang Lawak Antarabangsa menjadi pojaan ramai tahun 90an.

Sekarang ni dah takda majalah kartun best macam dulu. Semua macam 'tangkap muat'. Lagipun sekarang semua guna komputer. Watak 'ulang tayang' buatkan orang jemu nak baca. Dah takda originaliti pada setiap keluaran... *sigh*

Yang atas tu intro saja. Sebenarnya aku nak cerita pasal nie...

Bila bercerita pasal dunia kartun tiba2 teringat kisah waktu sekolah menengah dulu. Bila dapat tau cikgu nak buat rombongan ke Creative Enterprise (majalah GG) aku & the geng tergedik2 nak pergi. 

Tiba harinya, kami pun sampailah opis GG. Semua tak sabar nak jumpa kartunis pojaan - Pak Jab, Ujang, Long, Cabai dan lain2. 

Lepas diberi taklimat pasal Creative Enterprise, kami dibawa ke studio.

Yeeeaaayyyyyyyyyy... boleh jumpa kartunis!!!

Mula2 jumpa kartunis Long. Lepas tu arwah Pak Jab dan lain2. Paling teruja kami nak jumpa kartunis Ujang. Gilalah siapa tak minat dia. 

Masa kami semua dijemput masuk ke bilik Ujang, aku, My BFF dan beberapa gegediks berebut nak berdiri tepi meja Ujang. Atas meja Ujang ada lampu meja. Bila dah berasak2, entah makhluk mana ntah udah langgar lampu tu....... dan... emmm... paham2 sendiri la... 
 
Sampai sekarang takda siapa pun yang mengaku langgar lampu tu...... 


Hahahaaaa.. tiba2 ku teringat kenangan lama kita, sahabat!!

Tiada ulasan: