Rabu, 23 Mac 2011

Jom!

Jom layan dua konsert ni. Kalau tak ada rezeki tengok konsert2 ni pun tak apa sebab aku dah syok sendiri di blog aku......... :)



Konsert Opera Hidup Wings - 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011
  
Tak pernah follow konsert Double Trouble Wings sebelum ini walaupun ada cobaan minta tiket free dari kawan2 yang terlibat. Masalahnya, nak ke stadium. Aku memang bermasalah bab2 gitu. Hopefully show di Istana Budaya aku dapat tengok. Harap ada kelapangan & ada orang temankan aku. Nak tengok sorang2, memang tidaklah kan. Suara Awie pun dah best macam dulu. Sebelum ni (masa dia gomok dulu) macam semput2. Tak ada stamina. Now, Awie dah back on track!



Konsert D'lloyd Semalam di Malaysia - 6 hingga 8 Mei 2011

Adakah aku bakal berasak di Istana Budaya dengan mat2 & minah2 indon di Malaysia yang sejahtera ini? Korang rasa, otai2 yang minat grup ni pakai seluar bell bottom macam penyapu tak malam tu? Mesti lantai Istana Budaya bersin & licin, kan? Aku tak sanggup nak berfesyen macam tu...soriii... Tapi aku minat lagu2 mereka. Evergreen! Bagi yang punya vocal sengau2 manja yang class macam penyanyi D'lloyd, bolehlah sama2 menyanyi di Istana Budaya nanti. Kalau suara sengau2 tebuan, lupakan saja.....

Selasa, 22 Mac 2011

Sempurnakah anda?

Wajah terbaru aku. Aku pandang tepi sebab aku malu. Aku bukan camwhore macam orang lain. Percayalah... dengan rejim penggunaan produk SimplySilly, kamu juga boleh dapat kulit secantik ini.


Kisah 1

Aku teringat kisah kawan lama aku El 'berdating-terjah-tanpa-rela' dengan kawan lama kami. Ok aku namakan si lelaki tu sebagai A (nama sebenar.. gile, terus terang). 1st time berjumpa lepas masing2 dah tinggalkan alam sekolah rendah 20++ tahun lamanya. Jumpa di Dagang Avenue kalau tak silap aku.

Maka berjumpalah kapel ni. El resah, sebab memang dia tak nak jumpa A... tapi A yang beriya2. Rindu kawan lama agaknya.

Masalahnya, si A ni punyalah sengal. Pertama kali jumpa, dia boleh 'ayat' El macam ni..  

A: El kau kena ubah penampilan kau... orang dah tak pandang dah stail pakaian macam kau ni.
El: (Buat muka blur + terkejut rasa nak maki tapi ditahan2)
A: (Dengan mulut lancang bergigi rongak dah luruh lagi 2,3 batang sebab malas gosok gigi - si A meraban lagi) Rambut kau tu kena ubah gaya jugak.. buat potongan baru...
El: Aku pakai tudung, tak perlu nak up-to-date rambut aku ni..
A: Tak payah pakai tudung..
El: Gile ke ape mamat ni (dalam hati)

El tak sabar nak balik. Macam bersumpah takkan keluar berdua dengan A yang macam hAramjadah itu...

So, tadi aku terjumpa FB bakal isteri A.... emmm isteri yang 'seterusnya'.

Kalau boleh aku nak minta si A nasihatkan bakal isteri dia, lebih dari yang dia sudah 'nasihatkan' si El - ubah penampilan, potongan rambut bla..bla..bla...

El, kau lagi meletopsss ok.... Sumpah!


Kisah 2

Ini pun kisah kawan aku juga. Kisah Suri & suaminya, Safie... He he sesuka hati aku letak nama tu. Tapi ok jugak, kan?

Suri bangga sebab dalam usia muda dah bertemu jodoh. Kiranya pasangan ni sama cantik, sama padan (masa sandinglah). Lepas dah bertahun kawin, Suri bagai dipam2 bodinya selepas melahirkan anak pertama mereka. Walaupun bodinya terlebih pam, tapi Suri semulajadi berwajah cantik. Serius cantik!

Ceritanya bermula lepas Suri gemuk macam pelakon Big Momma's House (aku tipu.. tak segemuk tu.. tapi gempal jugalah dalam 70+ kg). Safie mula bising2, merungutkan bodi si isteri bagai terlebih ibu roti.

Suri selalu cerita pada aku pasal ketidakpuasan hati suami dia sebab bini jadi gemuk. Suri tanam azam nak kurangkan berat badan. Lepas tu dia diet tak makan makanan yang berat2. Nasi memang tak sentuh. Lepas beberapa bulan, nampak perubahan ketara. Dah susut!!

Satu hari, aku ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Aku jemput kawan2 rapat datang ke rumah, termasuklah Suri sekeluarga.

Masa aku tengah salam2 dengan tetamu, dari jauh aku nampak Suri datang sambil pimpin tangan anak dia. Suri senyum2 dari jauh. Cun betul minah ni walaupun tanpa mekap.

Tiba2 aku nak pengsan tengok perubahan 'BESAR-BESARAN' suami Suri, si Safie. Umang aiii... udah ade rupa 'bear' dah si Safie. Gemuk! Bulat! Leher takde, dah lenyap! Tak sehensem dulu...

Orang lelaki ni kadang2 tak sedar diri. Nak isteri cun, pandai jaga penampilan. Tapi bila tengok kisah Suri-Safie ni, aku rasa lelaki pun kena jaga diri. 

Nasiblah isteri kau baik, kalau tak dah lama dia lari sebab takut ada 'bear' dalam rumah. Cakap tak pandang kiri-kanan. Amik kau Safie!! Ha ha...

Isnin, 21 Mac 2011

Politic @ PORNlitic...?

Hari ni heboh dalam blog pasal pemimpin parti pembangkang dan video XXXnya. Orang yang kena tuduh, dah biasa kena tuduh macam2 - dah lali.

Untuk mereka2 yang suka reka cerita hangat macam di atas - tak kira dari parti mana - ini ayat best untuk kamu ya...
  

Aku harap ini entry pertama dan terakhir aku yang ada bau2 politik. Aku haraplah... :) 

*Akan datang tak tahu lagi....... peace no war*

Selasa, 15 Mac 2011

Dalam mata ada 'RM'

Korang fedap tak kalau orang asyik bercerita pasal duit.. duit.. duit........ Asyik2 masalah DUIT. Macam dia sorang saja yang 'sesak'. Tapi sesak dia ni dah sampai tahap maksimum dan menyusahkan orang keliling. Tapi, aku tengok gelang dan rantai boleh tahan - macam mami jarum kekdahnya. Kalau ke pajak gadai, ribu riban boleh dapat.... 

Beruntungnya makcik kalau duit macam ni turun.. kan makcik kannnnnnnnnn...
Makcik, tadah saja tangan tu di langit. Kalau nasib makcik baik, akan turun hujan duit. Kalau nasib tak baik, hujan batu jatuh selepuk atas muka. Sakit tau..

*Makcik di atas tiada pertalian darah dengan aku.. sekian*

Khamis, 3 Mac 2011

Pada suatu hari burung-burung pun berkicauan hari tu

Pada suatu hari burung-burung pun berkicauan hari tu... Ada yang bekerja, ada yang bergembira...

Ya, aku sangat gumbira bertemu sohabat2 aku rabu lepas. Semua ni idea 'tak sengaja' Nora. 4 orang wanita2 ini (termasuk aku) berjanji nak berfoya-foya di Ampang saja. Dekat rumah Nora, senang dia nak jemput anak balik sekolah. Gigihnya 'buk' Nora.

Sorang surirumah (nora), 2 orang sedang bercuti (lyz & gua) dan sorang lagi baru dapat MC sebab demam (S bukan nama sebenar). Tapi gagahkan diri untuk jumpa kawan2. Semangatttttt..! Cuma tak ada semangat nak ke opis kan.

Makan ni



Yang ni pun

Uolss, nanti kita repeat ya. Nak tempat ni juga. Duduk bersila & melunjur. Ada bantal polok  4 biji berwarna-warni. Santai. Sambil makan, nampak hujan turun di dinding kaca. Oh my... Luv it!!