Selasa, 22 Mac 2011

Sempurnakah anda?

Wajah terbaru aku. Aku pandang tepi sebab aku malu. Aku bukan camwhore macam orang lain. Percayalah... dengan rejim penggunaan produk SimplySilly, kamu juga boleh dapat kulit secantik ini.


Kisah 1

Aku teringat kisah kawan lama aku El 'berdating-terjah-tanpa-rela' dengan kawan lama kami. Ok aku namakan si lelaki tu sebagai A (nama sebenar.. gile, terus terang). 1st time berjumpa lepas masing2 dah tinggalkan alam sekolah rendah 20++ tahun lamanya. Jumpa di Dagang Avenue kalau tak silap aku.

Maka berjumpalah kapel ni. El resah, sebab memang dia tak nak jumpa A... tapi A yang beriya2. Rindu kawan lama agaknya.

Masalahnya, si A ni punyalah sengal. Pertama kali jumpa, dia boleh 'ayat' El macam ni..  

A: El kau kena ubah penampilan kau... orang dah tak pandang dah stail pakaian macam kau ni.
El: (Buat muka blur + terkejut rasa nak maki tapi ditahan2)
A: (Dengan mulut lancang bergigi rongak dah luruh lagi 2,3 batang sebab malas gosok gigi - si A meraban lagi) Rambut kau tu kena ubah gaya jugak.. buat potongan baru...
El: Aku pakai tudung, tak perlu nak up-to-date rambut aku ni..
A: Tak payah pakai tudung..
El: Gile ke ape mamat ni (dalam hati)

El tak sabar nak balik. Macam bersumpah takkan keluar berdua dengan A yang macam hAramjadah itu...

So, tadi aku terjumpa FB bakal isteri A.... emmm isteri yang 'seterusnya'.

Kalau boleh aku nak minta si A nasihatkan bakal isteri dia, lebih dari yang dia sudah 'nasihatkan' si El - ubah penampilan, potongan rambut bla..bla..bla...

El, kau lagi meletopsss ok.... Sumpah!


Kisah 2

Ini pun kisah kawan aku juga. Kisah Suri & suaminya, Safie... He he sesuka hati aku letak nama tu. Tapi ok jugak, kan?

Suri bangga sebab dalam usia muda dah bertemu jodoh. Kiranya pasangan ni sama cantik, sama padan (masa sandinglah). Lepas dah bertahun kawin, Suri bagai dipam2 bodinya selepas melahirkan anak pertama mereka. Walaupun bodinya terlebih pam, tapi Suri semulajadi berwajah cantik. Serius cantik!

Ceritanya bermula lepas Suri gemuk macam pelakon Big Momma's House (aku tipu.. tak segemuk tu.. tapi gempal jugalah dalam 70+ kg). Safie mula bising2, merungutkan bodi si isteri bagai terlebih ibu roti.

Suri selalu cerita pada aku pasal ketidakpuasan hati suami dia sebab bini jadi gemuk. Suri tanam azam nak kurangkan berat badan. Lepas tu dia diet tak makan makanan yang berat2. Nasi memang tak sentuh. Lepas beberapa bulan, nampak perubahan ketara. Dah susut!!

Satu hari, aku ada buat sedikit kenduri kesyukuran. Aku jemput kawan2 rapat datang ke rumah, termasuklah Suri sekeluarga.

Masa aku tengah salam2 dengan tetamu, dari jauh aku nampak Suri datang sambil pimpin tangan anak dia. Suri senyum2 dari jauh. Cun betul minah ni walaupun tanpa mekap.

Tiba2 aku nak pengsan tengok perubahan 'BESAR-BESARAN' suami Suri, si Safie. Umang aiii... udah ade rupa 'bear' dah si Safie. Gemuk! Bulat! Leher takde, dah lenyap! Tak sehensem dulu...

Orang lelaki ni kadang2 tak sedar diri. Nak isteri cun, pandai jaga penampilan. Tapi bila tengok kisah Suri-Safie ni, aku rasa lelaki pun kena jaga diri. 

Nasiblah isteri kau baik, kalau tak dah lama dia lari sebab takut ada 'bear' dalam rumah. Cakap tak pandang kiri-kanan. Amik kau Safie!! Ha ha...

Tiada ulasan: