Rabu, 23 November 2011

Breaking Dawn

Salam Cik Tia Nadine,

Awak tau tak... hari Isnin hari tu kite dapat 2 tiket ke tayangan The Twilight Saga Breaking Dawn Part 1. Tapi disebabkan tayangan tu @curve pada hari ni pukul 9 malam dan kite tak bape familiar sangat dengan area situ, kite bagi tiket tu kat orang lain.Tiket tu adalah tiket untuk media saja. Awakkan tau kite ada kawan dengan orang media.

Kite tau awak minat sangat cerita Twilight ni. Tadi kite tengok status awak kat FB, awak tulis awak lebiu kat Edward. Hehe.... Tapi kalau kite bagi kat awak, awak pun susah nak pegi kan? Lebih baik awak tengok wayang di Jusco yang berdekatan. Lagipun popcorn di Jusco tu sedap dari wayang tempat lain. Awak jangan beli popcorn saiz besar tau. Nanti ada budak cina jeling2 kat awak macam hari tu. Semacam aje dia tengok, kan?

Owhhh.. awak oledi booked tickets. Selamat menonton ye. Kenang daku dalam doa mu :)






~Matila aku kena lahar dengan Cik Tia haha.. ampunnnnnnn!!~

Isnin, 21 November 2011

Hari ini...

Hari ini 21 November 2011... belum gaji....... :( sobsss
Aku ke GSC Mid Vally pukul 9.40 pagi. Rupa-rupanya time gini pun orang dah beratur beli tiket. Maklumlah, aku selalu tengok wayang waktu petang atau malam. Oh ye, aku datang untuk preview Puss In Boots 3D dan ianya percuma. Aku ikut kawan.
Cerita ni sangat menarik. Dari kiri: Humpty si telur, Kitty, Puss dan si jahat Jack & Jill.
Nak tau macam mana cerita Puss In Boots, sila ke pawagam 24 November ini. Karang aku cerita lebih2, tak sepraiss pulak.
Kejadian yang paling bermakna pada hari ni ialah bila skuad harimau kita jadi juara bola sepak kali ke-6 edisi sukan SEA Jakarta. Perlawanan penuh aksi2 mendebarkan sehingga menyeret ke sepakan penalti bila terkat 1-1. Keseluruhan permainan memakan masa 120 minit. 2jam ko!!!
Jujur nak bagitau, aku cuma intai2 aje tv masa game tu. Tak sanggup nak tengok. Tapi bila lanjut ke penalti, baru aku berani duduk depan tv.
Apa2 pun aku nak ucap tahniah juga pada pasukan Indonesia walaupun ada segelintir penyokong dia langsung tidak hormat malah mengejek2 lagu kebangsaan kita sampai tukar lirik Terang Bulan. What ever! 
Dan satu lagi yang aku perhatikan, pemain Indonesia berjaya sebagai 'Pelakon Terbaik' di padang. Dia langgar pemain Malaysia, dia yang guling lebih2. Tahniah!!!

Khamis, 17 November 2011

Bapakku.fm

Suka hati Bapak Aku la!!!!

Radio internet paling panas abad ini. Sangat cool layan internet sambil dengar Bapakku.fm ~ Suka Hati Bapak Aku La!!!! (tagline dia kot)

Paling aku suka malam Jumaat ada segmen Kisah Seram bersama DJ tersempoi & terbest abad ini, Ismahalil Hamzah bermula jam 11.00 malam hingga ke Subuh. Tapi aku dengar setakat yang aku mampu saja. Mengantuk! Aku suka Kisah Seram Dj Isma sejak dia di stesen radio lama dulu. Lagu wajib Isma dah tentulah lagu2 kumpulan XPDC terutamanya lagu Ntahapapantah, Bahalol dan lagu-lagu dari band zaman rock kapak.

Peribahasa pun ada... hehheehehee.. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock... Membujur lalu melintang pukang...

Are you ready everybody everyday everynight....evereadyyyy... Ok, jom kita dengar Kisah Seram malam ni di http://www.bapakku.fm

Janji rock!

Ahad, 13 November 2011

Sakit jumpa doktor

Kagum.. kagum sesangat!
Pakai 'barang kemas' boleh hindarkan penyakit. Rendam 'barang kemas' dalam air & cuci muka guna air rendaman tu boleh cantikkan kulit. Selain tu, 'barang kemas' tu pun buleh lawan sel-sel kanser dan macam2 lagi lah kegunaannya.
Lepas ni, hospital2 kat Malaysia tutup agaknya ye?
Aku nak cari 'barang kemas' untuk kurangkan rasa sakit hati. Ada??

Khamis, 10 November 2011

11.11.11

11.11.11

Tarikh yang 'cantik'. 

Cuma dua orang je yang aku kenal sambut hari lahir pada hari ni iaitu anak sepupu aku dan ex-officemate aku masa di USJ dulu. Happy birthday!

Tapi cik Tia dah bagi satu lagi tarikh 'cantik' sebagai cadangan untuk hari pertunangan. Mungkinkah hari pertunangan beliau? Sama2 kita nantikan.. hihi...

20.11.2011

Amacam?