Isnin, 18 Julai 2011

Feninglah

Sampai bila agaknya aku nak tempuh penyiksaan ni? Sampai bila? Kata mereka 2 tahun lagi. Sabar loyang.. sabar... *Sabar ajela bila Miss LV panggil aku loyang*

Dahlah kena menapak jauh, berpayung pink bagai gadis 'cas' ayu banget dengan high heels lagi. Ber-catwalk persis model on runway bersaksikan hanjing2 di jalanan yang berekor2. Dalam hati dok dup dap dup dap risau peragut berwajah syaitan. Hari tu dah ada yang kena ragut. Minah kecik molek tu terseret jugaklah. Kalau ala2 aku ni, walau tak mampu nak diseret, tapi.... ishhh tak nak pikir...

Muka dah ada jerawat balik. Gelap toksah critalah. Memang asli + makin menjadi2.

Seperti biasa, siang tadi aku bercatwalk sepanjang jalan itu. Hari ni cuaca panas semacam. Panas dah 'menangkap' kepala aku. Pening sampai ke malam.

Aku mula rindu hujan tanpa petir ;p..... biar sejuk... nyaman.....





*Bukan Noh Hujan yang kini milik Mizz Nina*

Tiada ulasan: