Khamis, 27 Oktober 2011

Cuti + Sangap

Sabtu 22 Oktober
Pagi2 lagi aku tipon kawan aku Sagoo si motor besaq. Hampeh. Dah tukar no hp rupanya. Aku nak bagi tiket motor GP. Ada 2 keping (main grandstand). Sekeping RM129 (kalau tak silap) aku nak bagi free. Ryzal pulak tak nak pegi. Semalam dah offer kat Ijam, dia ada hal. Padahal dia yang gedik nak tiket GP ni....

Oh ye - hari ahad - perlumbaan motor GP dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali, Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua. Dengar cerita dari member yang pergi Litar Sepang, dia dapat tengok depan mata dia masa kemalangan tu. Lepas perlumbaan ditamatkan, penonton mula baling botol sebab tak puas hati. Beli tiket mahal2, tapi takda perlumbaan.

Pukul 2ptg aku ke Hospital Pantai Cheras. Kawan aku bersalin - baby girl, 3kg. Kongsi2 beli hadiah hamper Johnson's. Lepas tu ke ofis sambung kerja.

Malam, lebih kurang pukul 11.30 aku jumpa Ieza sebab nak bagi minyak wangi yang dia pesan. Alang2 dah jumpa, aku ajak dia ke McD dekat rumah kami. Aku bedal GCB, fries & coke. Ieza pulak makan GCB, bubur, fries & 2 jenis air. Buurrrppp! Alhamdulillah....... :)

Lepas masing2 dah sendawa, kami gerak ke The Mines. Gelap gulitanya kawasan situ. Bukan gelap sebab time tu pukul 1 pagi, tapi lampu2 kat situ tak menyala. Rosak kot. Dengar cerita, kat situ ada lampu2 macam i-city. Kerr aku yang salah dengar??? So, tadi aku tengok di google. Ye, memang ada lampu2 tu. Tapi kena naik bot. Aku tak baca lagi. Cuma tengok gambar. Tak larat nak baca dah time gini. zzzz...........

Selasa 25 Oktober
Aku cuti beb! Bukan.. bukan sebab nak buat maruku, kuih peneram (ayat baik) atau laddu. Tapi aku nak pegi sini...

BGWP
Dapatlah tidur kat sini 1 malam. Tempat yang bersih & selesa. Anak sedara aku yang paling seronok dapat main air.

Rabu 26 Oktober
Balik semula ke KL petang raya - Deepavali. Sepanjang jalan ok. Tak sesak.

Singgah sekejap di R&R Temerloh. Tengok lauk patin buah seketul belas2 ringgit, patin sangkar rm7, baung rm8... Mata aku mula carik ikan selar. Ikan murah. Tak best le pulak. Ngada2 betoi tekak ni.

Tapi nafsu mengatasi segalanya. Aku tewas angkara hasutan syaiton... (syaiton juga yang dipersalahkan). Air liur merembes...

"Dik.. nasi putih separuh, hati ayam goreng seketul, ikan BAUNG seketul.. bagi yang bahagian perut dia ye, yang berlubang tu..." - kata ku.

Semua RM10. Tak termasuk air!!

Khamis 27 Oktober
Kerja. Mood tak berapa baik. Dah lah sehari sebelum tu ada yang rosakkan mood cuti aku. Puncanya hanya satu SMS lahanat. Bila masuk ofis aku jadi letih menunggu kerja yang lembab. Sangap sial. Semua benda aku menyampah nak tengok hari ni termasuklah pakgad di rumah aku... Tak pasal2 pakgad masuk dalam ini gambar... hihi :)

Takpa.. takpa... sehari, dua lagi aku akan ok!

2 ulasan:

Tia Nadine berkata...

oo ko g gambang eh:)...lupe lak nak ckp myk wangi mokcik paris 2 bl bau lg skalik mmg wangi..ada hrpn ke aku nak order lagi 2 nie hehe...dh nak abis aku lumur sa2 bdn hehe..mmg wangi pati dia..

bl la aku nk g gambang lg nie..nak bermlm?:(..dl g masa ari kuarga..xbes ngat:(

cik aloyah berkata...

iye cik TIA NADINE. errr tia eh?? budak2 best le dtg sini leh main ayo.. aku plak rasa cam nak tido je gi gambang.. bilik best!

nak minyak wangi lagi? bule.. bule...