Isnin, 10 Oktober 2011

Ada tiket free hulur2 lah

Filem Al-Hijab sentuhan Pierre Andre yang merupakan filem seram terhebat untuk tahun 2011.

Poster al-hijab. Credit to: rilekslah.com

Kemain gedik aku kan... padan muka aku kan.. nak sangat tengok filem Al-Hijab kan....

Nak balik seram banget. Mana tak seram, tengok midnite kot. Babak pertama pun dah nak terkucil aku dibuatnya. Sudahlah couple seat kat sebelah aku takda orang. 

Pelakon dalam filem ni - Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Talib, Aziz M. Osman, Noralbaniah dan ramai lagi.

Yang buat filem ni antiklimaks yelah ada scene2nya yang seakan 'copy & paste' dari filem Jangan Pandang Belakang (pengarah yang sama - Pierre Andre). Especially scene kena 'kacau' kat rumah & babak cliche kereta rosak tengah jalan pastu hero turun buat2 check enjin walaupun sebenarnya dia tatau apa2 pun pasal enjin. 

Overall cerita ni memang best. Paling kelakar babak Bell Ngasri, Munir Phyne Ballerz & mamat Indon dalam lori waktu Pierre & 'awek' tumpang nak ke bandar. Nak tau jalan cerita, pi tengok sendiri atau tunggu keluar kat Astro First :)

Lepas tengok Al-Hijab, esoknya aku menggedik pulak tonton teater di Istana Budaya. Macam biasa, tiket ditaja hihi...

The Secret Life of Nora

Teater The Secret Life of Nora dibintangi oleh Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Aznil Nawawi, Tony Eusoff dan Adibah Nor. Pementasan bermula dari 29hb September 2011 hingga 16hb Oktober 2011. Ini yelah teater muzikal terbaru air tangan Tiara Jacquelina. Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan pada era 60an.

Teater ni menarik. Penonton tak sabar menanti dari satu babak ke babak yang lain.

Sebelum menonton teater ni, aku bayangkan akan ada babak sepit rambut Nora Zain boleh bertukar jadi bom asap pemedih mata macam dalam filem Nora Zain versi Seniwati Saadiah. Tapi takda pun... hihi... Cuma ada lipstik je yang Nora jadikan walkie-talkie dalam teater ni.

Paling lucu dah tentu watak Adibah Nor. Memang kelakar habis. Aznil pulak watak dia ala2 Profesor Klon tapi kali ni dia pelat tak boleh sebut 'R'. So, dia panggil Nora: "Nowa".

Di hujung2 pementasan, semua penonton menjerit macam kena histeria bila Adibah Nor 'terbang' nak beri bantuan pada Nora (Tiara). Kau mampooo terbang?? Haha.....

Teater penuh warna-warni itu berlangsung hampir 2jam. 

Kepada penonton lelaki, sila urut dada sendiri sebab pakaian penari2 pengiring (wanita) agak seksi. Tak senang duduk korang nanti :p

Tiada ulasan: