Selasa, 18 Oktober 2011

Mata memandang Mata memikat Matalah puncanya


Aku jumpa ni di FB...



Info: Kepada Yang Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses)...
Anda Dilarang Berada Di Tempat Haba Yang Terlalu Panas.. Contohnya.. Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses) Semasa Sedang Membakar BBQ.. Satey.. Dan Sebagainya.. Jika Anda Berdegil.. Anda Mungkin Akan Buta Buat Selamanya.. Ini Kerana Kanta (Contact Lenses) Sentuh Diperbuat Dari Plastik.. Jika Anda Merasakan Maklumat Ini Berguna Untuk Orang Lain.. Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook anda...

Aku pun pakai contact lenses/kanta lekap. Penjagaan tersangat rapi. Nak pakai/tanggal, tangan kena bersih. Bekas kanta lekap kena tukar - kalau aku 2bulan sekali (ok kot). Pakai jangan lebih 8jam & jangan pakai semasa tidur. Cukup sebulan, kena lupuskan (pakai buang untuk tempoh sebulan).
Tadi aku ke kedai cermin mata. Nak beli stok kanta lekap. Aku tanya amoi kedai tu pasal kanta lekap berwarna. Betul ke bahaya untuk mata?? Saja tanya. Aku tak pakai yang berwarna cuma yang biasa je. Takut risiko.
Amoi tu cakap, kanta lekap berwarna yang dibeli di kedai cermin mata semuanya ok untuk mata. Yang tak ok yelah kanta lekap yang dibeli di PASAR MALAM.
Haaa?? Ni 1st time aku dengar pasar malam jual kanta lekap. Seelok2nya beli saja di kedai cermin mata.
Sempena isu mata, kita layan lagu bertajuk Mata dari penyanyi bermata cantik - Noorkumalasari.

2 ulasan:

Tia Nadine berkata...

aiyoo...gambau nie byk kali share kat fb smp aku kena hidekan..xsgp tgk:(

cik aloyah berkata...

aku pun ngeri.. tp buat2 berani :)