Ahad, 4 Ogos 2013

Kombo sentap

~ SENTAP 1 ~
Tadi di pejabat, aku gurau2 dengan sorang akak ni. Dah tetiba hari ni tak boleh gurau pulak. Terus keluar status fb kecik hati dengan aku. Aku inbox dia, minta maaf. Selesai. Boleh pulak lepas tu dia ajak aku minum.

Pada akulah, kalau umur dah hampir2 layak keluar Akaun 2 kwsp, tak perlu nak luah kat status fb bagai. Cakap je terus kat aku yang kau tak suka cara gurau aku.

Manusia, kadang dia bergurau lebih, kita simpan & hadap aje. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tau pulak meraban.

~ SENTAP 2 ~
Bila hampir nak raya, aku rasa ada je dosa aku mengata jiran sebelah ni. Hihi.. Bukan apa, time ni lah anak2 dia balik ke rumah. Makanya, berderetlah kereta depan rumah jiran aku  ni. 4biji kereta semuanya.

Yang aku pelik, kenapa semua kereta anak2 bersepah di luar pagar, sampai terlajak dpn pagar jiran lain sedangkan, kawasan dalam pagar rumah dia dibiarkan kosong tanpa kereta. Biar nampak luas rumah dia agaknya. Dia nak selesa, tapi kami jiran2 dia ni camna? Nak undur @ masuk kereta ke rumah sendiri pun payah.

Aku cuma fikirkan aku orang baru kat sini. Cerita dari orang lama kawasan ni, jiran yg punya banyak kereta depan rumah tu garang orangnya. Pernah orang datang repair rumah dia & dia lambat buat bayaran. Bila pekerja tu datang minta bayaran, dia boleh sound "saya boleh bayarlah, saya banyak duit".

Pernah juga aku dengar dia tengking famili dia macam orang gila. Takut!!

Dan yang paling aku tak sangka, pakcik garang gile ni rupanya imam di surau kawasan rumah aku. Dia jugalah yang baca khutbah jumaat. Hmm..

Manusia ni, jangan hanya 'salin kulit' sahaja. Tapi hakikatnya, luaran macam hampeh.

~ SENTAP 3 ~
Syawal makin hampir, ramadan bakal meninggalkan kita. Sayu je rasa. Sebenarnya, aku tak teruja sangat nak sambut raya tapi aku tetap buat persediaan serba sikit. Luaran memang nampak beriya aku nak sambut raya. Dalaman aku ni macam2 perasaan ada. Terpaksa buat2 seronok. Aku tak nak perasaan 'tak seronok' menguasai fikiran aku. Aku tak nak stress.

Mungkin ini ujian Allah untuk aku. Ini bahagian aku. Doa & tawakal tak ku lupa. Aku berserah pada Allah. Kalau bukan lagi rezeki aku bersama, aku redha :(

Tiada ulasan: