Isnin, 21 November 2011

Hari ini...

Hari ini 21 November 2011... belum gaji....... :( sobsss
Aku ke GSC Mid Vally pukul 9.40 pagi. Rupa-rupanya time gini pun orang dah beratur beli tiket. Maklumlah, aku selalu tengok wayang waktu petang atau malam. Oh ye, aku datang untuk preview Puss In Boots 3D dan ianya percuma. Aku ikut kawan.
Cerita ni sangat menarik. Dari kiri: Humpty si telur, Kitty, Puss dan si jahat Jack & Jill.
Nak tau macam mana cerita Puss In Boots, sila ke pawagam 24 November ini. Karang aku cerita lebih2, tak sepraiss pulak.
Kejadian yang paling bermakna pada hari ni ialah bila skuad harimau kita jadi juara bola sepak kali ke-6 edisi sukan SEA Jakarta. Perlawanan penuh aksi2 mendebarkan sehingga menyeret ke sepakan penalti bila terkat 1-1. Keseluruhan permainan memakan masa 120 minit. 2jam ko!!!
Jujur nak bagitau, aku cuma intai2 aje tv masa game tu. Tak sanggup nak tengok. Tapi bila lanjut ke penalti, baru aku berani duduk depan tv.
Apa2 pun aku nak ucap tahniah juga pada pasukan Indonesia walaupun ada segelintir penyokong dia langsung tidak hormat malah mengejek2 lagu kebangsaan kita sampai tukar lirik Terang Bulan. What ever! 
Dan satu lagi yang aku perhatikan, pemain Indonesia berjaya sebagai 'Pelakon Terbaik' di padang. Dia langgar pemain Malaysia, dia yang guling lebih2. Tahniah!!!

2 ulasan:

Tia Nadine berkata...

best la ko dah tgk dulu..aku br nak tgk insyaAllah 25hb nie tp tak sure la lagi...kesinambungan citer puss dlm shrek nie mmg lama dh tunggu...tp aku nak tgk breaking dawn dulu...:)

cik aloyah berkata...

lagi best ahad ni nak dengar ko karok.. muahahaha