Ahad, 21 Ogos 2011

Asid

Berani ke nak keluar shopping? Jawabnya, beli & belah di kawasan rumah aku saja. Sini pun macam2 ada. Tak payah pergi Jalan TAR.

Baru2 ni kan ada sorang mamat kena simbah asid kat Sogo & sorang lagi di Jalan Raja Laut. Penyimbah main simbah je tak kira sapa - lelaki atau pempuan. Wahai lelaki, korang juga tak selamat.

Sampai sekarang tak tertangkap pun penyimbah tu. Awat makan masa lama sangat? Dah ramai kena. Samalah macam kes 'Abang Kucing' Kampung Baru. Agaknya sekarang tengah menyengih je Abang Kucing dok 'usha' budak di luar sana. Nak tunggu anak VIP 'kena' baru nak amik tindakan ke?? Ini bukan soal politik, ini soal masyarakat. 

Aku dah rasa terancam ni. Nak keluar KL pun takut. Walaupun aku bukan berwajah jambu, takut tetap takut! Beberapa bulan lepas aku ke Desa Pandan. Pun kecoh pasal penyimbah asid. Katanya dah sampai Desa Pandan. Adoihhh.. gi main jauh2 lah penyimbah asid!

Kalau ye pun pasal dendam, takkan orang lain jadi mangsa. Tak pasal2 cacat seumur hidup.

Aku haraplah, satu hari nanti dia tersimbah muka sendiri. Kalau polis dapat tangkap mamat psiko tu, rendam dia dalam asid 5hari 5malam. Buat pekasam!

Tiada ulasan: