Sabtu, 6 Ogos 2011

Iqra = bacalah

Aku lupalah yang aku pernah ada hobi MEMBACA. Dan tolong ye jangan fitnah aku. Aku tak pernah minat baca novel jiwang oleh penulis 'toot' yang popular zaman sekolah aku dulu. Sebab apa?? Sebab karya dia tersangat2 remaja. Gedik2 zaman sekolah, berpisah, merajuk, hantar bunga haihhh.... Sungguh tak 'in' dengan aku.

Haa.. itu pasallah baru-baru ni aku berjinak2 balik dengan hobi lama aku. Gi kedai mamak or 7E untuk beli majalah. 

Ok, kita mulakan dengan membeli majalah Mingguan Wanita & Perempuan. Bajet anggun aku ni. ~~~~~~~ Hakhh tuihh!! 

Novel, aku dah mula beli beberapa bulan lepas. Tu pun sebab aku cuti panjang 11 hari. Mulakan dengan novel Melayu. Nak tau tajuknya?? Promise jangan gelak ye... :)



Camnalah aku boleh terjebak dengan novel ni. Tapi not bad jalan cerita dia. Kisah pempuan kawin 'kontrak'.
Ada 1 lagi novel yang aku sempat baca hampir 20 muka surat and then aku berenti kejap kononnya. Nampaknya dah hampir setahun aku berenti terus. 9 Nyawa tajuk dia. Lepas ni kena sambung baca...

Target aku, buku adalah benda penting yang perlu ada dalam handbag aku selain iphone4, blackberry curve 3G, ipad2, dompet & kunci.






*3 benda di depan tu bila nak masuk dalam beg aku ye sobbsss*

Tiada ulasan: