Ahad, 21 Ogos 2011

Kala PMS......

Tengah hari tadi aku ke Carrefour. Macam biasa, carik barang dapur. Ok, aku tipu. Sempat beli sehelai baju.... :) Ape gelak2? Baju K4 pun cantik2 hape!! 

Tengah tolak troli tiba2 mata aku terpandang slim tv Sony + speaker RM599. Gile babas!! Aku tak pegi dekat tv tu, tapi aku agak2 dalam 32 inci jugaklah size dia.

Hmm tengah berkira2 nak sambar sebijik. Aku takda slim tv. Harga runtuh ni baik aku beli. Kalau tak, harga dia mahal. Nanti 'slim' pulak poket aku, kan.

Promosi townhouse Crestin Park, Kajang pun ada. Tak mampu nak beli rumah RM345k. Tapi aku ambil brochure dia. Saja nak cuci mata. Balik rumah, aku tengok kat tenet, kawasan ni ada apartments 5 tingkat berlif RM192k. Menarik!

Aku minat rumah macam ni. Tak tau kenapa. So, jangan tanya. Cuma aku rasa tak best bila orang lain nak tentukan rumah apa aku kena beli. Maksud aku, orang luar yang suka memperlekeh orang yang beli rumah flat/apartment/kondo.

"Rumah takda tanah. Kalau ada tanah elok juga boleh bercucuk tanam" - jahanam punya ayat.
Kalau kau dapat rumah teres, sebelum angkut perabot kau dah pasang tiles kat car porch. Gerenti!!! Nak cucuk ape kat tile tu??

Masalahnya, orang yang dok kondem aku tu, taste tinggi nak rumah teres besar. Tapi gaji sayuppppppp...

Macam tu jugaklah situasinya masa aku tukar kereta. Uiiii.. macam2 komen masuk gegendang telinga aku. Warna kereta tak menarik, kereta model lama, kenapa lama sangat hutang, kenapa tak tunggu model baru perodua & macam2 lagi lah. Akhirnya, aku nak tergelak bila dia sendiri tukar kereta baru yang tastenya macam orang pencen. Serius aku cakap ni. Tapi aku diamkan je. Dia punya suka, dia yang bayar. Bukan guna duit aku.

Dan sorang lagi kawan aku penah berkata: "Tak mainlah kereta proton"... akhirnya paparazi aku cakap kawan aku ni beli iswara. Haahahaha.. iswara je ke?? Maybe sekarang dia dah kaya sejak jadi tenaga pengajar di sebuah universiti & dah guna kereta import. Baguslah kalau dah rezeki dia.

Eh aku dah melalut. Sombongnya ayat aku. Hehehehe.... Maaf ya. Cuma luahkan apa yang aku rasa sekarang ni. Sekian!

Oh ya, bulan depan aku nak beli kereta Mazda 3 warna merah. Tak caya sudah... (Silap2 ramai yang jadi 'juri' walopun aku menipu..)





Tiada ulasan: