Selasa, 16 Ogos 2011

Ramadan, bulan jimat wang ringgit

Kononnya, esok nak berbuka di Istana Bambu dengan Shahila yang kepochi. Tapi tempahan dah ditutup. Penuh sampai 21hb ni. Disebabkan plan asal hancusss, Shahila buat plan lain - ke Jalan TAR. Esok Selangor cuti sempena Nuzul Quran. 

Sorry, yang tu aku surrender. Tak sanggup. Mesti ramai orang shopping raya. Tapi kan, aku teringin sangat nak ke situ masa malam raya. Orang kata happening! Kesian kat aku, kan. Dok KL tapi tak gi jelajah Jalan TAR.

Tapi tula, kepala aku ni dok pikir macam2... pickpocket lah, sesak lah... hmm akhirnya lepak di 'rumah ku syurga ku' saje hehe...  

Isnin depan aku ada jemputan berbuka puasa di IOI Marriott Hotel Putrajaya. Last year dah pegi. Dapat jamu selera dan jamu mata tengok kereta mewah Yusry KRU. Telan ayaq lioq saja.  

Khamis ke Tupai-Tupai. Last year pun aku dah pergi. Banyak btoi pilihan makanan dia. Siapa2 yang free hari tu, jom ikut aku.


Macam biasa, aku nak syok sendiri :) .. 5 perkara itu

5 'angkara' yang aku dah buat semalam
1. Derma.. *perlu ke nak cerita??*
2. Bayar loan ASB
3. Telefon bapak pada staf aku yang dah seminggu 'ghaib'
4. Menjeling tajam pada lauk berbuka iaitu tomyam yang bukannya favourite aku :(
5. Beli car shampoo

5 perkara yang buatkan aku happy
1. Dapat bonus
2. Naik gaji
3. Dapat tidur dengan aman tanpa dengar suara bingit maid2 belakang rumah
4. Bersama famili & kawan2 sekepala
5. Financial freedom.. of cozz

5 kejadian yang buatkan aku menyumpah-nyumpah
1. Menipu.. *memang pantang!*
2. Tak mengaku silap.. *then pointing his/her f**king finger to orang lain*
3. Gedik melampau
4. Potong line.. tak kira di mana
5. Pemandu pelesit

Tiada ulasan: