Khamis, 4 Ogos 2011

Misi bersukan konon

Lupa nak cerita projek boling hari tu. Nora tak dapat ikut sebab nak sambut puasa dengan mak dia di Sepang. Shila ada hal. Ieza aka Mrs LV je yang free. So, kami keluar berdua jahh...

Lepas aku jemput Ieza di Alam Damai (kawasan kejiranan Datuk Siti Nurhaliza kekdahnye) kami ke Endah Parade yang tak berapa 'indah' kawasan parkingnya.

Spoil betoi kasut Cinderella aku boleh buat hal. Tapak tercabut! Terpaksa cari sandal baru. Masa cari sandal yang sesuai untuk aku, Ieza pulak gi cari bantal Angry Birds. Fenomena sungguh game tu!

Then, kami pergi ke pusat boling tingkat 4. Pergi ke kaunter, dengan muka paling manis aku tanya aweks yang jaga kaunter tu, "Dik, ade kosong tak?"

"Maaf, penuh. Lepas pukul 6 petang baru kosong" Ok, ok.. muka kelat. Time tu baru pukul 4ptg. Buang masa nak tunggu 2jam baru dapat main.

Misi untuk 'bersukan' akhirnya batal. Kereta aku terus membelah KESAS menuju ke Jusco Cheras Selatan. Layan Kenny Rogers. Kami abis rm68 (tolak rm5 diskaun kupon) + rm23 untuk tiket wayang Harry Potter. Tapi Ieza lagi banyak 'melabur' kat JJ sebab dia borong baju raya haha... Pstt! Misi baju '365 hari' ke?

 
Misi bersukan gagal..!!

~ Aikk!! Astro Citra ulang tayang lagi Susuk Pocong @ 1.15 pagi. Ok aku nak out. Nanti bil letrik tinggi :) ~

Tiada ulasan: