Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadan

Ramadan datang lagi. Hari ni hari ke2 puasa. 28 days to go... :) Tak sampai pun 28hari. Semestinya kurang. Biasalah, pompuan...

Aku berbuka di ofis dengan kawan2. Dah 10 tahun, macam nilah rutin aku berbuka. Kalau nak ayam percik, ayam Bob or kuih muih aku kirim kat ofismate yang singgah ke PARAM.. Eh, bukan pelakon Param tu.. bukan... PARAM = PAsar RAMadan :)

Cerita 1
Cerita pasal Param teringat 1st time ke Param kat area rumah aku ni. Maklumlah, tahun pertama sambut puasa di rumah baru. Panas tau. Tapi ku redah juga. Saja nak jamu mata. Beli murtabak je. Takut membazir. Nafsu makan macam tsunami. Tapi, sabarrrr...

Dalam pada dok sabar.. sabar.. tiba2 ada dua mamat kat Param nak bertumbuk. Nasib baik ada yang leraikan. Sebabnya, salah sorang sudah block keta. Tak pasal2 kurang pahala :(

Cerita 2
Acara berbuka puasa paling 'tragis'.. jap nak ingat balik... ada cerita.. ada...

Aku tak ingat sangat tahun kejadian, tapi seingat aku masa tu aku & geng - Nora, Yasmin, Shahila (and maybe ada sorang dua lagi tak ingat sape) ada yang dah keje. Sudah plan baekk punyer nak berbuka sama2 di Benteng. Masa tu Benteng sangat popular dengan acara makan2. Sekarang takde dah. Tak payah gigih cari.

Kami pekena nasi ayam. Wohohoo memang favourite aku ~~~

Esok hari, Yasmin kol aku. Dia cir-bir teruk sampai muntah2. Terpaksa ambik MC. Tak silap aku Nora & Shahila pun cir-bir. Tapi antara kami, Yasminlah paling teruk. Kesian dia. Aku sakit perut jugak tapi cepat2 minum teh O pekat tanpa gula. Itu aje 'ubat' yang aku boleh dapat dengan segera. Nak ke klinik, memang tak kuasalah. Tapi alhamdulillah, aku boleh pergi keja. Keadaan terkawal huhuuu...

Cerita 3
Ni kisah masa aku keja di Jalan Ipoh. Orang pempuan biasalah 'cuti' puasa. Masa tu geng aku si Ifa & Lin. Boleh pulak semua 'cuti' serentak. Hmm dah takdir gitu ye tak :)

Opis aku di tingkat 24. Masa pekerja lain leka buat keja, kami pun buat keja. Mengerjakan megi!!!! Cuma tuang air panas, sorang semangkuk keluar ikut pintu belakang & lepak kat tangga. Tangga tu takda sapa guna. Semua orang guna lif.

Tengah asyik layan megi tiba2 ada orang tolak pintu..... Opss kantoi!! Si Din sudah mengkantoikan kami. Tapi aku dengan otak yang sangat geliga tanya soalan kat dia..
'Kau buat apa kat sini Din?' 
'Isap rokok'........ 
Hampeh, Din tak puasa. Lepas tu dia paw megi si Ifa. Dah macam bersubahat pulak. Tapi, kamikan diharamkan berpuasa.

Din, aku harap kau dah insaf. Puasa penuh ye, bro.


Selamat berpuasa!

Tiada ulasan: