Isnin, 8 Ogos 2011

Stesen minyak

Tadi singgah isi minyak di Shell dekat The Mines. Masa beratur nak bayar kat tingkap kecik, depan aku ada amoi baek punyerr. Kereta dia - terbaek punyerr!! Kereta sport merah. Tak perasan pulak cap apa. Tapi cantek la. Macam amoi tu jugak. Nampak macam orang ada2 dengan tali pinggang LV dia. 

Sampai giliran aku, cepat2 aku hulurkan rm30. Cukuplah untuk seminggu.

Tengah isi minyak, datang pulak mamat bodi ketak. Ececehhh turun kereta jalan mengepak. T shirt ketat ala gayboy. Kat T shirt tu tulis 'Kelab Muscle****'. Mamat tu tak kelip pandang kereta sport merah tadi.... or tengok amoi tu hehe...

Masalahnya, mamat ketak tu isi minyak tak matikan enjin kereta Iswara hitam WHE 159*. Adusss.. Kat kepala aku dah pikir macam2. Simple rules camtu pun tak boleh ikut ke, mamat bodi ketak? Harap ketak je lebey. Aku ni bukan setakat enjin, hp pun aku offkan tau. Lantaklah orang nak kata aku ni skema ke apa.

Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas, Kelantan terbakar berpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.

Kalau abang ketak sorang2 kat situ, aku tak kisah. Tapi jangan libatkan nyawa orang lain. Ok..ok aku pikir baik. Mamat ketak taktau apa dia pantang larang di stesen minyak. Meh aku tepekkan.

# No smoking
# Turn off engine
# Turn off all portable battery-operated devices before fueling
# Discharge your static electricity before fueling

Sekian. Terima kasih :)


Tiada ulasan: